Secara umumnya, manusia boleh dikategorikan dalam 3 kelompok iaitu :
1. Visual : seeing
2. Auditory : listening
3. Kinesthetic : touching & feeling
Dan sememangnya Allah S.W.T. menciptakan manusia mempunyai 3 ciri-ciri utama tersebut. Firman Allah :
"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur."
( Surah al-Nahl : 78 )
Walaupun mempunyai 3 pancaindera utama yang disebutkan dalam ayat di atas, sebenarnya jika kita melihat pada diri sendiri & mereka di sekeliling, setiap individu biasanya memiliki satu pancaindera dominan samada pendengaran atau penglihatan atau hati/perasaan.
Justeru, ilmu Neuro Linguistic Programming (NLP) - ilmu memahami bahasa otak - memberi kemahiran kepada kita untuk mengenali potensi diri masing-masing seterusnya memanjangkan manfaat tersebut kepada peluang untuk mengenali dengan lebih mendalam individu yang berada di sekeliling kita. Sebenarnya, jika kita menguasai kemahiran ini, ia adalah satu penghargaan pada anugerah Allah untuk kita mengembangkan kemampuan diri. Sebagai contoh, jika kita tahu dominan pancaindera kita adalah visual, maka kita perlu fokuskan kekuatan kita pada potensi tersebut untuk membantu memudahkan setiap aktiviti kita.
Seorang yang visual suka kepada sesuatu berbentuk gambar, mudah mengingati dan memahami secara visual. Manakala seorang yang auditory pula, cenderung meminati bunyi-bunyian yang menarik, mudah mengingati dan memahami dengan kekuatan pendengaran. Seterusnya, seorang yang kinesthetic pula, lebih suka pada sentuhan dan belaian jiwa, mudah mengingati sesuatu yang bersifat sentimental dan cepat tersentuh dengan gerak emosi.
Oleh itu, carilah kekuatan dan potensi diri anda melalui asas NLP ini untuk manfaat diri, keluarga, pendidikan anak-anak, situasi kerja di pejabat, hubungan interpersonal dan lain-lain lagi. Secara peribadinya, saya rasa amat perlu untuk kita selaku ibubapa/pendidik kepada anak-anak, para guru di sekolah dan para daie menguasai ilmu NLP ini untuk dimanfaatkan dalam persekitaran pendidikan.
Gunakan artikel di bawah ini untuk panduan asas aplikasi ilmu NLP ini pada diri anda. Atau untuk mendalami ilmu ini dengan lebih mendalam, boleh menyertai kursus asas ini di Akademi Aidit Sdn. Bhd. (email : affendi@akademiaidit.com).
Artikel dipetik dari laman : http://www.businessballs.com/vaklearningstylestest.htm
visual-auditory-kinesthetic learning styles
The VAK learning styles model provides a very easy and quick reference inventory by which to assess people's preferred learning styles, and then most importantly, to design learning methods and experiences that match people's preferences:
Visual learning style involves the use of seen or observed things, including pictures, diagrams, demonstrations, displays, handouts, films, flip-chart, etc.
Auditory learning style involves the transfer of information through listening: to the spoken word, of self or others, of sounds and noises.
Kinesthetic learning involves physical experience - touching, feeling, holding, doing, practical hands-on experiences.
The word 'kinesthetic' describes the sense of using muscular movement - physical sense in other words. Kinesthesia and kinesthesis are root words, derived from the Greek kineo, meaning move, and aisthesis, meaning sensation. Kinesthetic therefore describes a learning style which involves the stimulation of nerves in the body's muscles, joints and tendons. This relates to the colloquial expression 'touchy-feely' ('kineo-aisthesis' = 'move-sensation').
Untuk mendapatkan ujian ringkas bagi mengetahui kecenderungan anda, sila kunjungi :
http://www.businessballs.com/vaklearningstylestest.htm