Saya ingin berkongsi di sini tentang bab pertama dalam buku ini iaitu - Let us start off on the right foot by making some wrong decisions. A FLOP. Bab ini menceritakan tentang bagaimana Dick Fosbury seorang atlet lompat tinggi berjaya mencatat rekod baru Olimpik pada tahun 1968 hanya dengan mengubah teknik lompatan. Beliau telah memperkenalkan teknik yang dikenali sebagai Fosbury Flop. Teknik ini tidak pernah diamalkan dalam sukan lompat tinggi sebelum 1968 dan ia merupakan satu inovasi yang telah membawa kejayaan pada Dick Fosbury. Beliau telah membuat satu KEPUTUSAN YANG SALAH dengan tidak menggunakan teknik yang sama seperti atlet-atlet lain. Mungkin beliau dan jurulatihnya telah mengambil iktibar bahawa "Penggunaan kaedah/teknik yang sama hanya akan membawa hasil yang sama".
Teknik Lompatan Fosbury Flop
Teknik Lompatan Scissors
Teknik Lompatan Straddle atau Western Roll
laman jualan TERBARU kami di
http://attayseer.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment