Tuesday, June 19, 2012

Rasulullah SAW Ajak Berusaha Gigih

Anda rasa boring dengan kerja anda? Ingatlah anda bekerja untuk mencari rezeki yang halal untuk keluarga. Rasulullah SAW berpesan supaya kita sentiasa bekerja keras agar tidak termasuk di kalangan orang yang meminta-minta.

Dari Hakim bin Hizam r.a katanya:"Tangan yang di atas (tangan yang memberi) lebih baik dari tangan yang di bawah (tangan yang menerima atau meminta). Maka kerana itu mulakanlah memberi kepada keluargamu. Sebaik-baik sedekah ialah ketika kaya. Sesiapa yang memohon dipelihara (agar ia tidak sampai meminta-minta) Allah akan memeliharanya dan sesiapa yang memohon dicukupkan (agar ia tidak bergantung selain kepada Allah) Allah akan mencukupkannya.” (al-Bukhari)

No comments:

Post a Comment