Tuesday, September 8, 2009

Trend pelajar menagih meningkat

Tersentak seketika apabila terbaca Kosmo Online pagi ini 8 September 2009 yang menceritakan tentang trend pelajar sekolah yang menagih dadah semakin meningkat. Walaupun ini adalah kisah lama dan telah diketahui umum, namun ia sewajarnya menjadi kebimbangan serius pada diri kita. Banyak punca dan sebab perkara ini berlaku juga telah diketahui umum. Tetapi tindakan saling menyalahkan antara satu sama tidak akan memberikan penyelesaian yang membina. Persoalan yang sewajarnya kita timbulkan ialah setakat mana usaha yang diambil oleh semua pihak untuk membanteras perkara ini? Adakah perlu menunggu ia menjadi wabak serius seperti H1N1 baru kita mahu ambil tindakan? Maka, jika itu soalannya, maka memang kita akan sentiasa ikut trend yang selalu diamalkan di Malaysia yang sesuai dengan peribahasa "Sudah terhantuk baru terngadah".
Saya agak runsing, jika isu ini dibiarkan begitu saja maka tunggulah satu ketika nanti, negara kita akan diwarisi oleh kelompok 'zombi'/mayat hidup yang tidak mampu memberi apa-apa sumbangan kepada negara malah mendatangkan kerugian. Jangan ingat dadah hanya merosakkan seorang individu sahaja. Ia adalah satu pemangkin kepada tersebarnya gejala negatif lain seperti :
1. HIV
2. Gejala sosial
3. Ketidaktentuan hidup
4. Produktiviti negara menurun
5. Pergantungan pada buruh asing
6. Keruntuhan nilai beragama

Justeru, di samping usaha memulih penagih, membanteras penagihan dadah ini memerlukan usaha yang jitu dan tumpuan utama dari semua pihak bermula daripada keluarga, guru, ustaz, pendidik, institusi agama dan masjid, pendakwah, NGO, penguatkuasa undang-undang, parti politik, kementerian berkaitan sehinggalah pemimpin tertinggi kerajaan. Kita tidak mahu hanya mengelap lantai akibat atap yang bocor berulang kali setiap selepas hujan. Usaha sebenar yang perlu dilakukan ialah baiki atau tukar atap yang bocor tersebut dan sediakan langkah pencegahan untuk mengelakkan ia bocor semula. Penekanan saya di sini ialah fokus semua pihak terlibat kepada root cause atau punca masalah sebenar isu penagihan dadah di kalangan pelajar ini. Mungkin telah banyak root cause analysis yang telah dilakukan dan berbakul-bakul kajian telah dijalankan. Namun, adakah setiap kajian dan analisis tersebut diusahakan dan diambil tindakan yang sewajarnya.

Petikan dari Kosmo! Online 8 Sept. 2009.
Trend pelajar menagih meningkat

KEBANYAKAN pelajar sekolah mula menagih dadah selepas terjebak dengan tabiat menghisap rokok. - Gambar hiasan.


PUTRAJAYA - Trend pelajar sekolah khususnya di peringkat menengah terjebak dalam penagihan najis dadah semakin membimbangkan apabila data Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) mendapati tahun ini sahaja bilangan penagih muda itu ialah 306 orang, meningkat berbanding beberapa tahun lalu.

Untuk perbandingan, jumlah kes pelajar yang menagih dadah di sekolah pada 2008 ialah 159 orang manakala pada 2007 hanya 117 orang.

Ketua Pengarah AADK, Datuk Abdul Bakir Zin berkata, para pelajar berkenaan dikesan positif dadah hasil ujian air kencing yang dijalankan Unit Pencegahan AADK.

"Tahun ini di Kelantan sahaja kami dapati lebih kurang 60 orang pelajar sekolah positif dadah. Kami berjaya mengesan mereka melalui Program Intervensi Pelajar (PIP) yang dilaksanakan dengan Kementerian Pelajaran," katanya di sini semalam.

Beliau berkata, melalui kerjasama dengan Kementerian Pelajaran, AADK turut menjalankan program susulan bagi memastikan gejala penyalahgunaan dadah di kalangan murid dan pelajar dapat dibendung.

Menurut Abdul Bakir, kebanyakan pelajar tersebut menggunakan dadah tradisional khususnya ganja.

Sambil membaca, jom kunjungi 
laman jualan TERBARU kami di
http://attayseer.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment