Friday, December 17, 2010

Anak kecil belajar bertatih - Renungan pada diri



Mulakan dengan langkah pertama dan perbaiki kelemahan selepas langkah pertama untuk langkah kedua yang lebih berani. Kalau kita perhatikan anak2 kecil yang baru mula belajar berjalan :

1. Cubaan pertama, belajar-belajar berdiri. Belum pun dapat berdiri tegak dah jatuh. Tapi baby tersebut kuatkan semangat untuk cuba berdiri lagi.
2. Bila dah dapat berdiri, baby tersebut tak berpuas hati setakat tu sahaja. Dia cuba jarakkan kaki yang menyokong badannya walaupun dia tak pernah buat sebelum ini demi memulakan langkah pertama. Dalam mencuba tersebut, dia tak pernah alpa. Tangan masih lagi memegang dinding waspada takut jatuh.
3. Baru saja dapat langkah dan dalam keadaan waspada, baby tersebut memulakan langkah ke 2nya. Tiba-tiba dia jatuh lagi. Walau menangis, usahanya tak pernah henti demi matlamat dia boleh melangkah jauh. Digagahkan juga tapi masih waspada.
4. Bila dah dapat mengatur langkah, dia terus mencuba ke tahap baru. Berjalan dengan lebih cepat. Tapi dia sedar, apabila berjalan lebih cepat, lebih banyak bahaya menanti. Lalu di depakan tangan untuk imbangkan badan dan bersedia untuk jatuh. Memang lumrah baru belajar, baby tersebut jatuh juga. Namun, dia jatuh dalam keadaan bersedia. "Bayi memiliki seni jatuh tersendiri yang mengurangkan kadar kecederaan semasa jatuh".
5. Setelah jerih berusaha, akhirnya dia boleh berlari. Dia mampu melangkah lebih jauh walaupun pada hakikat permulaanya dia tidak mampu untuk berdiri di atas kaki sendiri.

Siapakah yang telah melalui 'zaman' tersebut? Kita semua telah melaluinya. Ini membuktikan kita boleh berubah. Allah dah beri kemampuan seadilnya pada manusia untuk merubah dirinya. Cuma, resepi yang perlu dilalui ialah USAHA, CABARAN, SEMANGAT, KEWASPADAAN, BERANI, MEMBERI YANG TERBAIK, CEKAL DAN TAWAKKAL.

No comments:

Post a Comment