Kisah peperangan Trojan memberi satu pengajaran kepentingan melahirkan idea bersifat “Big Think”. Gambaran dan ilustrasi kisah peperangan tersebut boleh dilihat dalam filem Troy. Saya tidak untuk mengulas kisah tersebut. Yang menjadi topik utama ialah bagaimana idea “Kuda Trojan” dilahirkan. Kuda trojan adalah hasil “Big Think” seorang yang bernama Odysseus yang merupakan Raja Ithaca. Dalam peperangan yang mengambil masa 10 tahun dan dianggotai oleh General Agamemnon serta tentera yang terbaik, pahlawan Greek tidak mampu menembusi kekebalan kubu pertahanan kota Troy. Pelbagai idea telah dicurahkan tetapi semuanya menemui kegagalan.
Namun, idea dan strategi Odysseus untuk membina kuda kayu yang besar yang pada asalnya dilihat sebagai tidak logik telah membawa kemenangan yang besar kepada orang Greek. Mengambil masa hanya 1 malam sahaja, mereka telah mampu menembusi kubu kuat pertahanan Troy selepas 10 tahun berfikir secara “Small Think” dan menggunakan pendekatan ‘biasa’. Odysseus mendapat idea untuk membina kuda yang besar selepas berfikir tentang kesukaan orang-orang Trojan di Kota Troy. Rupa-rupanya mereka sangat suka dan taksub kepada kuda. Oleh itu, Odysseus mencipta satu helah “ Apa kata kalau kita berikan mereka hadiah satu patung kuda yang besar?” “Tetapi dalam perut patung kuda kayu itu, kita isikan dengan beberapa orang pahlawan supaya apabila kuda tersebut dibawa masuk ke dalam kota, maka mereka turut akan dibawa bersama.” Perancangan Odysseus ialah apabila berada di dalam kota Troy, semua pahlawan di dalam patung kuda tersebut mempunyai peluang untuk keluar pada waktu malam seterusnya membuka pintu kota untuk membolehkan semua bala tentera Greek melakukan serang hendap. Dan akhirnya Troy dapat ditakluki oleh orang-orang Greek.
Analisis asas berkaitan kisah ini ialah seperti berikut :
* Sememangnya tidak dinafikan Odysseus juga mengambil masa yang lama untuk menghasilkan sesuatu yang bersifat “Big Think”.
* “Small think” yang banyak tetapi tidak kena pada tempatnya biasanya tidak mendatangkan hasil.
* Berfikir sama seperti orang lain akan hanya menghasilkan sesuatu yang sama seperti orang lain.
* “Big Think” bermula dengan cetusan kreativiti dan imaginasi.
* Kaedah berfikir dan cara melihat sesuatu perkara menentukan kejayaan kita dalam sesuatu persaingan.
* Cuba mencari kelainan dengan mencipta sesuatu yang luar jangka dari sudut pemikiran biasa.
Di sini saya paparkan ringkasan utama buku Big Think Strategy sebagai perkongsian ilmu. Untuk melahirkan idea bersifat “Big Think” dan melaksanakannya dengan berkesan secara asasnya adalah seperti berikut :
* Mencari idea baru :
§ Jangan hanya bergantung pada analisis yang dilakukan dalam ruang lingkup aktiviti kita sahaja. Contoh analisis terhadap pasaran semasa dan analisis terhadap pesaing dalam bidang kita sahaja.
§ Cuba cari idea baru di luar dari kepompong kita.
§ Bina perkaitan dengan perkara baru dan juga perkara yang tidak berkaitan langsung dengan bidang kita. (Rujuk ringkasan saya dalam tajuk “Menjadi insan kreatif”).
§ Benchmark dengan sesuatu yang di luar dari bidang semasa kita.
§ Muhasabah strategi semasa berdasarkan semua di atas dan analisis dari semua sudut.
* Menilai idea :
§ Idea yang dijana mesti dinilai dan ditapis terlebih dahulu.§ Small think hanya bergantung pada idea yang berasaskan syok sendiri dan pandangan individu dalam bidang yang sama.
§ Jangan terlalu taksub menggunakan pengalaman lalu untuk menilai idea.
§ Cari idea yang boleh memberi impak dan kumpulkan idea dalam cluster-cluster tertentu.
§ Berbincang. Kerana berbincang menghasilkan idea.
§ Galakkan berbincang dengan individu dari luar bidang kita dan tanya pendapat mereka tentang idea yang kita cadangkan.
§ Proses penilaian mestilah bersifat meluas.
* Menukar idea kepada strategi “Big Think" :
§ Memerlukan kemahiran untuk “menganyam” idea-idea yang pelbagai menjadi sesuatu yang dinamik.§ Pecahkan kebiasaan.
§ Kembangkan idea asas menggunakan 4 kuadran strategi “Big Think” iaitu :
· Apakah kemampuan yang diperlukan?
· Peluang dan cabaran dalam jaringan bidang.
· Nilai hasil yang diperolehi khususnya kepada pelanggan.
· Peranan situasi pasaran untuk menjayakan idea ini. (Dalam bahasa mudah : boleh jalan ke idea ni?)
* Melaksanakan “Big Think" :
§ Memerlukan kesungguhan yang tinggi seolah-olah menarik kapal naik ke gunung.§ Jika ada pekerja yang bekerja di bawah kita, mereka perlu jelas dengan “Big Think” kita. Kalau tidak jadilah ia projek gajah putih. Tap into their dreams.
§ Marketing mesti baik punyer. Tarik perhatian pelanggan.
* Mengetuai “Big Think" :
§ Memerlukan nilai kepemimpinan yang tinggi.§ Jangan bergantung pada short-term results.
§ Ada keghairahan dan ketahanan.
§ Jadikan ia sebagai agenda.
§ Bina pandangan dan pemikiran meluas.
* Mengekalkan “Big Think” dalam organisasi :
§ Pecahkan mentaliti kerja hanya untuk makan gaji.§ Pecahkan mentaliti kerja untuk lepaskan tanggungjawab aku sahaja.
§ Bina pekerja jadi usahawan sejati.
§ Bina pekerja jadi “Big Thinky Heads”. Merekalah yang akan menyumbangkan idea.
§ Dedahkan diri dan pekerja dengan informasi baru dan bernilai tambah.
No comments:
Post a Comment