sambungan dari Post yang lepas Mengambil iktibar dari bangsa-bangsa berjaya 2.
Hasil analisis utama ke atas bangsa Yahudi dalam bidang-bidang kritikal yang menjadi identiti mereka:
i. Sikap
a. Bekerja kuat
Menitikberatkan waktu kerja yang panjang. Semua bangsa-bangsa lain turut bekerja tetapi Yahudi berjaya kerana memberi tumpuan pada penggunaan masa yang optimum dan kerja lebih masa.
Walaupun dalam kelompok yang kecil, mereka tetap mampu memberikan sesuatu hasil yang besar.
b. Ghairah mencipta kejayaan
Tidak suka kekal sebagai golongan proletarian atau buruh sebaliknya memanfaatkan setiap peluang yang ada untuk meningkatkan keupayaan ke tahap yang lebih tinggi.
Mahu menjadi pelopor dalam bidang utama sebagai asas untuk membentuk penguasaan.
Bersikap proaktif dan produktif dalam pekerjaan dan tidak suka bertangguh.
c. Kepercayaan dan tabiat sebagai seorang Yahudi
Keyakinan bahawa mereka adalah bangsa terbaik membentuk sikap yang positif untuk berjaya.
Menjadi tradisi Yahudi berusaha bersungguh-sungguh dan menguasai setiap sesuatu.
Berpegang pada falsafah, “God is the Creator of the world but man is the creator in the world”.
d. Sikap saling membantu antara Yahudi
Berpegang pada nilai bahawa kebajikan tertinggi adalah dengan memberi bantuan kepada bangsa sendiri.
Sikap ini membentuk kesatuan etnosentrik masyarakat Yahudi.
Budaya memajukan bangsa secara bersama.
e. Bersikap skeptikal terhadap idea-idea konvensional
Timbul kerana bangsa Yahudi terperangkap antara dua dunia iaitu terpisah dari tradisi Yahudi dan kehidupan secara berkumpulan dalam masyarakat Yahudi. Mereka kebanyakannya hidup dalam masyarakat Barat yang sentiasa berusaha untuk maju dan sentiasa menaruh dendam terhadap mereka.
Sikap ini mencetus kreativiti dalam melihat sesuatu perkara yang membawa kepada penguasaan dan keunggulan dalam pelbagai bidang.
Sentiasa berfikir tentang sesuatu yang baru dan tidak selesa dengan kebiasaan.
f. Amat berpegang kepada “headwork” berbanding “handwork”
Mementingkan berfikir dari aktiviti bersifat kecekapan menggunakan tangan menjadikan mereka bangsa yang memimpin dan bukan bangsa yang diperintah.
Setiap sesuatu pekerjaan bermula dengan idea dan idea yang bernas akan membentuk peluang baru.
No comments:
Post a Comment