Tuesday, June 19, 2012
Rasulullah SAW Ajak Berusaha Gigih
Dari Hakim bin Hizam r.a katanya:"Tangan yang di atas (tangan yang memberi) lebih baik dari tangan yang di bawah (tangan yang menerima atau meminta). Maka kerana itu mulakanlah memberi kepada keluargamu. Sebaik-baik sedekah ialah ketika kaya. Sesiapa yang memohon dipelihara (agar ia tidak sampai meminta-minta) Allah akan memeliharanya dan sesiapa yang memohon dicukupkan (agar ia tidak bergantung selain kepada Allah) Allah akan mencukupkannya.” (al-Bukhari)
Monday, March 5, 2012
KEMBALI KEPADA FITRAH
-dipetik dari hasil tulisan USTAZ MUHAMMAD UTHMAN EL-MUHAMMADY-
Fitrah
Fitrah dalam erti kejadian asal insan sebagaimana asalnya sebagaimana yang terkandung dalam maksud hadith "Setiap orang bayi dilahirkan dalam keadaan fitrah yang suci bersih; kedua ibu bapanyalah yang menjadikan dia yahudi ... (dan seterusnya)"
Dan dalam erti sebagaimana yang terkandung dalam ayat yang bermaksud: "Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada ugama Allah (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah (itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui" (Surah ar-Rum: Ayat 30).
Erti Kembali Kepada Fitrah
Kembali kepada akidah yang betul dan benar dalam Ahlis-Sunnah wal-Jamaah yang datang dari Nabi s.a.w.
Kembali kepada mengabdikan diri kepada Allah dalam seluruh kegiatan hidup sebagaimana yang terkandung dalam iftitah dalam sembahyang: "Sesungguhnya sembahyangku, pengorbananku, hidupku dan matiku adalah bagi Allah Tuhan Yang Mentadbir sekelian alam".
Kembali kepada kehidupan menjaga suruhan-suruhanNya dan menjauhi larangan-laranganNya yang semuanya berupa batasan-batasan sesuai dengan fitrah kejadian asal dirinya.
Kembali kepada sifat-sifat manusia yang bersih sesuai dengan fitrah asal bagi dirinya.
Dengan kembali kepada sifat-sifat yang sesuai dengan fitrah itu maka manusia mencapai keselamatan hidupnya, kejayaan sebenarnya, kebahagiaan dan kepuasan serta makna hidupnya.
Yang berlawanan dengan itu adalah kebalikan daripada semuanya itu: kecelakaan, kegagagalan hakiki, penderitaan, rasa tidak puas, ketiadaan makna hidupnya.
Sifat-sifat Kembali Kepada Fitrah
Kembali kepada sifat-sifat yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. kerana suruhan Allah bermaksud "Sesungguhnya bagi kamu ada contoh yang sebaiknya pada Rasulullah …" (Surah al-Ahzab: Ayat 21).
Iaitu mengenali dan menghayati sifat sidik - ertinya benar dalam niat, azam, perbuatan, janji, matlamat.
Iaitu mengenali sifat amanah dalam semua perkara dan tidak melakukan pengkhianatan dalam semua perkara. (Dalam usuluddin amanah merujuk kepada sifat tidak melakukan dosa; dalam akhlak merujuk kepada sifat menjaga amanah dalam segala perkara: berhubungan dengan Tuhan, diri sendiri, orang lain, pekerjaan, tugas-tugas.)
Amanah perlu dikenali kedudukannya sebagai sifat yang mentakrifkan manusia sebagaimana yang ditunjukkan oleh ayat 72 Surah al-Ahzab yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami bentangkan AMANAH kepada langit dan bumi dan bukit bukau, tetapi semuanya tidak mahu memikulnmya kerana takut kepadanya, walhal manusia memikulnya; ia zalim lagi jahil (bila ia mengkhianati amanah dalam hidupnya);
Bila amanah dilihat sebagai sifat yang mentakrifkan manusia maka pengkhianatannya merupakan sesuatu yang menjatuhkan darjah kemanusiaannya;
Dalam tafsir-tafsir “amanah” itu metrujuk kepada kewajipan-kewajipan dalam agama; seperti rukun Iman dan rukun Islam; kewajipan-kewajipan dalam akhlak dan muamalah; pergaulan; pekerjaan;
Tabligh atau sifat menyampaikan maklumat yang betul dan benar serta berfaedah - ini perlu dilakukan dalam hubungan dengan diri sendiri, keluarga, jiran, termasuk rakan sejawat dan seterusnya.
Tabligh boleh menjangkau persoalan dalam zaman teknologi maklumat. Ertinya maklumat hendaklah disampaikan kepada sasarannya, baik yang bersifat keagamaan atau yang bersifat bukan keagamaan.
Sifat fatanah atau kebijaksanaan dalam erti sifat memahami persoalan-persoalan yang dihadapi dalam hendak mempertahankan kebenaran agama sehingga kebenarannya boleh dipertahankan dengan berkesan, sampai kepada perkara-perkara lain yang menjadi kewajipan manusia memahami dan menghayatinya.
Ertinya manusia Muslim mesti mempunyai “fatanah” dalam hubungan dengan ajaran untuk menjayakan kedudukannya sebagai “khalifah Tuhan di bumi dan hambaNya” dalam semua urusan hidupnya, termasuk ibadatnya, akhlaknya, etika kerjanya, tadbirannya, pengurusannya, demikian seterusnya.
Ilmu, Hal Diri dan Amalan
Dalam ajaran Imam al-Ghazali rd manusia mengalami perubahan kepada kebaikan melalui tiga tahap:
ILMU
HAL KEADAAN DIRI
PERBUATAN
Ilmu ertinya seseorang itu mesti mengetahui dengan jelas konsep yang dibicarakan, katakanlah sifat amanah; apa ertinya amanah itu; apa kelebihan-kelebihannya; apa tanda-tandanya; apa kerugian-kerugian yang dialami kalau disia-siakan; apa akibat duniawinya; apa akibat ukhrawinya; apa akibat individunya; apa akibat korporat dan kolektifnya.
Hal keadaan diri ertinya perubahan yang berlaku dalam jiwa, fikiran dan hati seseorang hasil daripada pencerahanyang berlaku kerana ilmu yang memasuki dirinya itu; perubahan dalaman yang berlaku itu - seperti kain yang diwarnai oleh sesuatu warna yang dikehendaki - menyebabkan sifat amanah itu meliputi diri dan jiwa orang yang berkenaan
Amalan ertinya dengan adanya perubahan dalaman hasil pencerahan ilmu yang bermula sebagai konsep dalam minda dan hati serta fikiran itu menimbulkan kesan amalan pada anggota badan - percakapan pada lidah, gerak pada kaki tangan dan tindakan seterusnya.
Ertinya prinsip dan nilai amanah dalam diri itu menyebabkan perbuahan yang menyebabkan pula timbul perbuatan amanah dalam diri seseorang itu; dengan itu berlakulah amanah dalam hubungan dengan ibadat kepada Allah, perlaksanaan tugas kepada anak isteri, perlaksanaan amanah kepada pihak yang berkenaan dan amanah dalam hubungan dengan tugas-tugas serta etika kerjanya.
Dan kalau merata sifat ini berlaku dalam sesuatu institusi maka amanah itu terjelma sebagai budaya korporat di mana ianya berada. Demikian seterusnya.
Demikian seterusnya dengan semua sifat-sifat utama yang lain.
Atau boleh dilihat pengembalian kepada fitrah dalam erti akhak ini merujuk kepada empat ibu kesempurnaan:
Hikmah kebijaksanaan yang merujuk kepada kesempurnaan dalam ilmu dan kefahaman yang diperlukan
Pengawasan diri yang menimbulkan disiplin terhadap diri yang membawa kepada semua perbuatan dilaksanakan mengikut ilmu dan akal dan bukan perasaan dan keinginan, bahkan keinginan dikawal dan ditarbiahkan
Keberanian atau keperwiraan dalam erti semuanya berlaku dalam rangka usaha perjuangan yang gigih tanpa penat lelah
Keadilan dalam erti semua diletakkan pada tempat letaknya yang sebenarnya.
Inilah pengembalian kepada fitrah dalam akhlak dan amalan perbuatan serta sikap manusia yang menjayakan, menyelamatkan, membahagiakan, serta memberikan makna bagi seluruh hidup dan wujud manusia di dunia.
Wallahu a’lam.
Self Hypnosis
Kaedah self hypnosis ini berfungsi sama seperti hipnosis yang lain cuma ia dikendalikan oleh diri individu itu sendiri tanpa bantuan ahli terapi hipnosis. Proses hipnosis ini akan membolehkan minda sedar kita dipintas dan aliran komunikasi minda diambil alih oleh minda separa sedar.
Melalui teknik self hypnosis, anda boleh menambah set kualiti atau tabiat yang tidak dimiliki sebelum ini begitu juga untuk merubah perkara yang tidak disukai.
Kadang-kadang, dalam kehidupan seharian, kita selalu memomokkan diri kita dengan perkara yang negatif. Contohnya, “aku tak boleh buat”, “ni susah ni”, “macam mana ye nak deal dengan customer ni”, “confirm la aku kena marah dengan bos”, “perkara ni dah tak boleh ubah, dari dulu lagi orang buat macam ni”, “aku memang tak mampu” dan macam-macam lagi. Ini sebenarnya adalah satu bentuk self hypnosis tetapi secara negatif. Sebenarnya, dalam sistem minda kita, sesuatu perkara jika ditanam atau diulang berulang kali akan memberi kesan secara tidak langsung kepada kita dan tugasan kita. Akhirnya, individu yang selalu mengulang kata-kata di atas tadi akan terkesan dengan perkataan tersebut yang telah terpasak dalam minda separa sedarnya dan dia akan menjadi mangsa halusinasi yang dicipta oleh dirinya sendiri.
Oleh itu, untuk mendapat kesan yang positif, sentiasalah ulang sebutan perkara yang positif untuk diri kita. Dan setiap kata-kata yang baik itu adalah doa. Self hipnosis dengan kata-kata yang positif akan membolehkan kita memprogramkan semula minda separa sedar dan membuang segala bentuk fahaman negatif sekaligus mencapai kejayaan cemerlang yang diimpikan.
Anda sebenarnya BOLEH jika anda IZINKAN diri anda untuk melakukannya!!!
Sebenarnya, semasa proses hipnosis, kita tidak berada dalam keadaan tidur. Tetapi kita sebenarnya berada pada satu tahap kesedaran tertentu. Menurut ilmu kajian gelombang otak, gelombang seseorang yang berada dalam keadaan hipnosis adalah gelombang alpha. Ia umpama seseorang yang dalam keadaan permulaan tidur atau tidur-tidur ayam (light sleep). Kita masih sedar tentang apa yang berlaku di sekeliling tetapi tahap konsentrasi kita sewaktu hipnosis tersebut amat fokus kepada sesuatu yang spesifik. Semasa proses ini, minda kita bertindak balas dan fokus kepada saranan yang dibina dengan kata-kata yang kita sebutkan. Oleh itu, ia membenarkan kita mempasakkan saranan tadi ke dalam minda separa sedar.
Samada sedar atau tidak, kita sebenarnya kadang-kadang berada dalam keadaan hipnosis. Sebagai contoh, mungkin kita pernah mengalami di mana kita terlalu sibuk,leka dan fokus dengan sesuatu yang kita lakukan sehingga kita tidak sedar bahawa masa telah berlalu. Kita mengalami hipnosis dalam banyak perkara setiap hari dan kita tidak sedar bahawa ia berlaku pada diri kita. Ia mungkin berlaku ketika kita asyik :
• Menonton televisyen.
• Mendengar muzik.
• Membaca buku.
• Memandu kenderaan.
• Berkhayal.
• Bekerja.
• Melakukan sesuatu yang amat diminati.
Islam sebagai agama fitrah telah lama mengkhususkan waktu yang khas untuk umatnya melakukan self hypnosis. Namun, self hypnosis dalam Islam bersifat lebih holistik dan bermatlamat yang mana proses yang dilakukan ini melengkapkan hubungan manusia dengan Allah yang Maha Mencipta. Solat wajib yang dilakukan 5 kali sehari adalah satu bentuk deep self hypnosis di mana kita mengasingkan diri kita dari kesibukan dunia dan berhubungan langsung dengan Allah. Sebaik-baik solat ialah solat yang khusyuk dan sempurna. Beberapa pandangan sahabat dan ulamak tentang khusyuk dalam solat :
1. Berkata Saidina ‘Ali r.a.; “Khusyuk itu ialah khusyuk hati”. Menurut riwayat lain, beliau berkata; “Khusyuk itu ialah tidak berpaling ke kanan atau ke kiri”.
2. Menurut Imam al-Qurthubi; “Khusyuk ialah suatu keadaan di dalam jiwa di mana dia mewujudkan keadaan tetap (tenang) dan merendah diri segala anggota”.
3. Menurut Imam Zamakhsyari; “Khusuk dalam solat ialah hati berkeadaan takut dan mata selalu tunduk (ke tempat sujud)”. (al-Kasysyaf)
4. Berkata Imam al-Jurjani; “Orang yang khusyuk ialah yang merendah diri kepada Allah dengan hati dan segala anggotanya”. (at-Ta’rifat)
5. Menurut Imam al-Kalbi; “Khusyuk itu ialah suatu keadaan di hati di mana dia mempunyai sifat takut, muraqabah (selalu memperhati kan Allah) dan merendah diri kepada kebesaran Allah, kemudian dia mempengaruhi segala anggota yang membawa berkeadaan tetap, seronok melakukan solat, tidak berpaling-paling, menangis dan berdoa”.
Elemen khusyuk melatih individu untuk fokus dan kita juga disuruh tadabbur atau memahami ayat yang dibaca ketika solat. Oleh itu, solat yang khusyuk dan diiringi tadabbur akan membantu membina jatidiri dengan kaedah mengaktifkan minda separa sedar melalui saranan ayat-ayat Allah yang akhirnya menghasilkan tingkah laku yang baik yang dikawal oleh minda sedar. Justeru, matlamat utama dari solat iaitu untuk membina peribadi yang mampu menapis dan menghindari elemen negatif, fahsyat dan mungkar Insya Allah akan mampu dicapai. Selain itu, self hypnosis secara Islam juga boleh berlaku ketika membaca al-Qur’an dan berzikir.
laman jualan TERBARU kami di
http://attayseer.blogspot.com/
Friday, September 30, 2011

Artikel ini ditulis untuk diterbitkan dalam MAIS News keluaran Jun 2011.
PERINGKAT INISIATIF-INISIATIF TRANSFORMASI
Mohd Affendi Bin Othman
Perunding
AKADEMI AIDIT SDN. BHD.
Wawasan untuk menjana gerakan penambahbaikan yang lebih serius telah melonjak identiti MAIS ke satu mercu yang lebih tinggi. Cita-cita murni yang diharapkan ialah agar MAIS mampu menjadi sebuah organisasi Islam yang ikonik dan berperanan teguh sebagai kustodian ummah. Justeru, bertitik tolak dari hasrat tersebut maka lahirlah agenda Pelan Transformasi MAIS yang menterjemahkan gambaran usaha perubahan ke arah yang lebih baik tidak pernah sunyi dari institusi ini.
Dalam mendukung usaha perubahan berskala besar yang terarah dan bertahap ini, perencanaan pelan transformasi mesti dimulakan dengan pembentukan mekanisme inisiatif yang mampu menjana usaha transformasi dengan lebih berkesan. Inisiatif adalah elemen penting yang perlu ada dalam setiap usaha transformasi dan ia umpama booster yang boleh meningkatkan kuasa serta menjana pelbagai hasil sampingan. Secara umumnya, inisiatif boleh dimaksudkan sebagai satu langkah yang hendak dimulakan dalam melakukan sesuatu perkara dan ia berkemampuan untuk mencipta langkah-langkah lain. Ia menjurus pada penjanaan hasil dinamik, menjadikan tindakan lebih hebat dan boleh membina sesuatu ke tahap natijah yang lebih baik.
Bagi memudahkan pemahaman dan rujukan langsung berkaitan inisiatif ini, contohnya boleh didapati dalam Pelan Transformasi MAIS. Setiap fungsi teras pelan transformasi diperincikan dengan beberapa inisiatif bagi mencetus tindakan hasil berganda. Sebagai contoh, untuk fungsi teras BIAH (persekitaran), di bawahnya terangkum tiga inisiatif yang menjadi tema kepada fungsi teras BIAH tersebut iaitu program pembudayaan ilmu, program ihya’ kod etika dan pengiktirafan 5S. Inisiatif-inisiatif inilah yang bakal mencorakkan program-program lain sehingga ia mampu membentuk suasana organisasi di MAIS.
Inisiatif yang strategik amat diperlukan untuk mendapatkan hasil yang lebih baik dan kesan yang berpanjangan. Konsep inisiatif secara lebih mendalam boleh dilihat dari sudut gesaan Allah S.W.T. dalam al-Qur’an, amalan dalam sunnah Rasulullah S.A.W. dan pemerhatian langsung pada fitrah alam ciptaan Allah. Dalam surah Muhammad, Allah S.W.T. berfirman :
“Dan (sebaliknya) orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh serta beriman kepada Al-Qur’an yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. - yang ialah kebenaran dari Tuhan mereka, - Allah mengampunkan dosa-dosa mereka, dan menjayakan keadaan mereka (di dunia dan di akhirat)”.
(Surah Muhammad : 2)
Segi pemahaman konsep inisiatif, ayat di atas menerangkan kepada kita bahawa untuk mendapat keampunan Allah serta kejayaan dunia dan akhirat, kita sebagai muslim yang beriman perlu menggerakkan inisiatif utama iaitu beramal soleh dan beriman dengan al-Qur’an. Di sini, ciri-ciri inisiatif yang dapat disimpulkan ialah ia mesti mampu memenuhi ciri-ciri dan keperluan utama.
Selain itu, Allah S.W.T. turut berfirman :
“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya”.
(Surah al-Baqarah : 261)
Perumpamaan yang cukup jelas telah diberikan Allah S.W.T. tentang bagaimana satu inisiatif yang berkualiti iaitu sedekah ikhlas di jalan Allah mampu menjana ganjaran yang berlipat kali ganda dari sudut balasan pahala. Iktibarnya ialah, sesuatu inisiatif yang berkesan semestinya mampu membawa pelbagai manfaat dan maslahah.
Dalam sirah junjungan mulia Rasulullah S.A.W. pula, antara contoh tindakan baginda yang mewujudkan inisiatif demi memungkinkan hasil yang lebih berimpak ialah pembinaan masjid Quba’ semasa peristiwa hijrah. Itulah masjid pertama dalam Islam yang didirikan atas dasar ketaqwaan. Masjid adalah simbol inisiatif untuk penyatuan dan sanctuary kekuatan ummah. Selain itu, baginda turut mempersaudarakan antara kaum Muhajirin dan Ansar. Pelaksanaan inisiatif yang amat signifikan ini bukan sahaja menyelesaikan isu bersifat jangka pendek semata-mata tetapi merupakan titik tolak strategik ke arah kewujudan sebuah negara Islam dan pengukuhan dakwah serta kekuatan umat Islam.
Selain itu, dalam memahami konsep inisiatif yang bermakna, kita juga boleh mengambil pengajaran dari alam dan makhluk Allah. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :
“Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.”
(Surah al-Nahl : 68-69)
Lebah adalah antara makhluk yang digunakan namanya sebagai nama surah di dalam al-Qur’an. Iktibar inspirasi lebah kepada manusia segi inisiatif ialah lebah merupakan antara makhluk yang menjana pelbagai bentuk hasil. Inisiatif lebah bekerja keras hinggap ke bunga-bungaan telah menghimpunkan madu yang mempunyai pelbagai manfaat, menghasilkan lilin yang berguna untuk rawatan kulit, bahkan sarang mereka menjadi ilham kepada arkitek dan jurutera. Hasil inisiatif lebah relevan dalam pelbagai bidang.
Setelah mengamati sorotan ayat Allah, sirah baginda junjungan dalam peristiwa hijrah dan hikmah di sebalik makhluk kecil bernama lebah, jelas kepada kita bahawa perkataan inisiatif mempunyai nilai dan kepentingan yang tersendiri. Ia bukan sekadar senang diungkap di mulut tetapi perlu dibuktikan dengan tindakan khususnya dalam merencanakan agenda yang besar seperti usaha transformasi. Inisiatif adalah elemen penting yang menentukan keupayaan agenda transformasi. Oleh itu, dalam merangka pelan transformasi, pewujudan inisiatif yang strategik perlu diberikan perhatian.
Inisiatif-inisiatif perencanaan transformasi hendaklah digubal sesuai dengan darjah impak tertentu agar sesuatu inisiatif tidak bersifat jumud tetapi sebaliknya mampu mencetus inisiatif impak berganda yang lain. Analogi “from rock to rockets” dalam evolusi teknologi persenjataan adalah gambaran yang cukup sesuai. Jadi, sesuatu inisiatif yang hendak diwujudkan hendaklah menepati darjah impak yang akan dihuraikan di bawah ini.
Pelaksanaan transformasi perlu dimulakan dengan inisiatif-inisiatif yang bersifat pewujudan. Ini bermaksud inisiatif yang direncanakan mestilah mampu mencernakan sesuatu yang kekal dan bukannya sesuatu yang sementara atau ad-hoc semata-mata. Rangkuman pewujudan ini boleh meliputi pemantapan unsur sedia ada atau penambahan usaha baru yang berimpak bagi memperkemaskan lompangan yang sedia wujud.
Selain itu, selepas diyakini inisiatif yang direncanakan boleh menjana sesuatu yang kekal, ia juga mesti dapat menjadi pemangkin cetusan kepada perkara-perkara nilai tambah yang lain. Sasaran sesuatu pemangkin ialah mampu mewujudkan spin-offs atau putaran-putaran sampingan yang boleh ‘menggemakan’ lagi perencanaan usaha transformasi. Contoh pemangkin hasil sampingan ini boleh digambarkan dalam situasi inisiatif program pembudayaan ilmu yang akan mencetuskan semangat cinta pada ilmu, penghasilan kerja yang berkualiti, usaha meningkatkan tahap kemahiran selain membina kemampuan menganalisis situasi secara berfakta. Impak maksimum dari hasil sampingan ini ialah MAIS mampu melonjak menjadi sebuah organisasi Islam yang berteraskan ilmu.
Pemangkin-pemangkin yang terhasil dari inisiatif awalan tadi mesti disasarkan untuk menjadi indikator pencapaian yang boleh digunakan untuk mengukur prestasi organisasi. Ukuran prestasi amat diperlukan dalam menentukan jurang sasaran organisasi dengan tahap pengamalan semasa selain mengenalpasti kedudukan organisasi berbanding harapan masyarakat. Hasrat utama indikator pencapaian ini ialah untuk memastikan pendukung dan organisasi sentiasa kekal objektif dalam pelaksanaan amanah mereka.
Seterusnya, usaha gigih perlu digarap untuk memastikan indikator pencapaian tadi dimantapkan lagi sehingga menjadi standard atau piawaian yang menjadi identiti amalan organisasi. Pengamalan piawaian dalam setiap elemen organisasi ini pula perlu disuburkan lagi hingga menjadi budaya dan faktor tetap yang terpasak kukuh dalam jati diri organisasi serta seluruh warganya. Usaha perlu digembleng untuk memastikan faktor tetap ini mampu saling berasimilasi antara satu sama lain membentuk jalinan mantap yang meresap ke dalam empat dimensi rohani, akal, emosi dan jasmani warga organisasi. Asimilasi ini ibarat segenap jenis akar pokok yang akan memperkukuhkan ketahanan pokok ketika dilanda badai dan juga susunan batu bata yang dilepa rapi dengan simen hingga membentuk sebuah bangunan yang kukuh.
Proses binaan inisiatif perlu mencapai darjah impak standard tertinggi agar ia mampu melahirkan ikon samada dari sudut hasil kerja, manual prosedur kerja, tenaga penggerak, pemikiran, suasana mahupun imej organisasi itu sendiri. Sasaran ikon ini bukan bertujuan untuk bermegah tetapi untuk menghargai potensi kecemerlangan yang disarankan oleh agama Islam dan sewajarnya MAIS mendukung ikon kecemerlangan sesuai dengan statusnya sebagai sebuah organisasi Islam. Hasrat perencanaan inisiatif hingga ke tahap menjadi ikon ini amat penting supaya ia mampu menjana inisiatif baru yang lebih berinovasi dan berefikasi.
Kesimpulannya, implikasi kejayaan usaha transformasi terletak pada perencanaan inisiatif yang bersifat praktikal, realistik, boleh dicapai, boleh diukur dan dilaksanakan dalam tempoh yang sesuai. Di samping itu, ia mesti menepati darjah impak sebagaimana yang telah dibincangkan di atas agar usaha yang dikerah bukan sekadar memenuhi kebiasaan tetapi menepati tanda aras tertentu yang boleh meningkatkan kredibiliti dan tahap profesionalisme. Justeru, bagi merangka inisiatif yang berkesan serta berimpak, penggerak transformasi perlu memiliki persediaan yang ampuh khususnya segi persediaan standard dan kemampuan diri, pemahaman yang jelas tentang hala tuju organisasi, perencanaan wawasan yang strategik serta penghayatan yang mendalam terhadap jangkaan senario yang bakal dihadapi. Persediaan ampuh ini adalah bukti di hadapan Allah bahawa kita telah berusaha sebaik mungkin demi manfaat agama dan maslahah ummah. Firman Allah S.W.T. :
“Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya;”
Thursday, July 21, 2011
The Measure of Beauty Created in Nature: The Golden Ratio
Semalam (20/7/2011) saya berada di Kem Intan Suraya, Sungai Siput, Perak bersama team AASB mengendalikan training Program Transformasi Modal Insan. Bilangan peserta yang hadir lebih kurang 60 orang. Persekitaran kem ini amat menarik ditambah dengan kedudukannya yang bersebelahan dengan sungai Perak. Suasana alam dan ikan-ikan sungai yang bermain di tebing membangkit rasa ketenangan dalam jiwa.
Apa yang ingin saya kongsikan di sini ialah mengenai satu pengetahuan baru yang saya perolehi semasa di kem tersebut. Haji Mohd Ghozali atau Pak Malim, seorang penceramah yang dijemput oleh penganjur telah berkongsi dalam ceramah beliau berkaitan GOLDEN RATIO. Beliau menerangkan kaitan sains dengan al-Quran dari sudut pandang ilmu matematik. Pada mulanya, agak susah untuk memahami apa yang beliau sampaikan kerana saya kurang mendalami ilmu matematik. Namun, saya tetap cuba untuk memahami dan mencari pengertian di sebalik apa yang disampaikan. Saya juga menyalin beberapa keywords untuk membantu memudahkan rujukan melalui buku atau internet. Keterbatasan sesi selama 1 jam itu tidak memungkinkan saya untuk memahami dengan jelas. Justeru, saya telah membuat sedikit rujukan dan pembacaan serta rasa elok ia dikongsi bersama.
Jadi untuk membolehkan perkongsian yang lebih meluas, saya telah merujuk pada laman web Harun Yahya mengenai tajuk ini. Di bawah ini adalah petikan langsung dari laman web tersebut:
http://www.harunyahya.com/articles/70golden_ratio.php
The Measure of Beauty Created in Nature:
The Golden Ratio
HARUN YAHYA
Allah has appointed a measure for all things. (Surat at-Talaq, 3)
… You will not find any flaw in the creation of the All-Merciful. Look again-do you see any gaps? Then look again and again. Your sight will return to you dazzled and exhausted! (Surat al-Mulk, 3-4)
... If a pleasing or exceedingly balanced form is achieved in terms of elements of application or function, then we may look for a function of the Golden Number there ... The Golden Number is a product not of mathematical imagination, but of a natural principle related to the laws of equilibrium. (1)
What do the pyramids in Egypt, Leonardo do Vinci's portrait of the Mona Lisa, sunflowers, the snail, the pine cone and your fingers all have in common?
The answer to this question lies hidden in a sequence of numbers discovered by the Italian mathematician Fibonacci. The characteristic of these numbers, known as the Fibonacci numbers, is that each one consists of the sum of the two numbers before it. (2)
L. Pisano Fibonacci
Fibonacci numbers
0, 1, 1, 2, 3, 5, 8, 13, 21, 34, 55, 89, 144, 233, 377, 610, 987, 1597, 2584, …
Fibonacci numbers have an interesting property. When you divide one number in the sequence by the number before it, you obtain numbers very close to one another. In fact, this number is fixed after the 13th in the series. This number is known as the "golden ratio."
GOLDEN RATIO = 1.618
233 / 144 = 1.618
377 / 233 = 1.618
610 / 377 = 1.618
987 / 610 = 1.618
1597 / 987 = 1.618
2584 / 1597 = 1.618
MAN BODY AND THE GOLDEN RATIO
When conducting their researches or setting out their products, artists, scientists and designers take the human body, the proportions of which are set out according to the golden ratio, as their measure. Leonardo da Vinci and Le Corbusier took the human body, proportioned according to the golden ratio, as their measure when producing their designs. The human body, proportioned according to the golden ratio, is taken as the basis also in the Neufert, one of the most important reference books of modern-day architects.
THE GOLDEN RATIO IN THE HUMAN BODY
The "ideal" proportional relations that are suggested as existing among various parts of the average human body and that approximately meet the golden ratio values can be set out in a general plan as follows: (3)
The M/m level in the table below is always equivalent to the golden ratio. M/m = 1.618
The first example of the golden ratio in the average human body is that when the distance between the navel and the foot is taken as 1 unit, the height of a human being is equivalent to 1.618. Some other golden proportions in the average human body are:
The distance between the finger tip and the elbow / distance between the wrist and the elbow,
The distance between the shoulder line and the top of the head / head length,
The distance between the navel and the top of the head / the distance between the shoulder line and the top of the head,
The distance between the navel and knee / distance between the knee and the end of the foot.
The Human Hand
Lift your hand from the computer mouse and look at the shape of your index finger. You will in all likelihood witness a golden proportion there.
Our fingers have three sections. The proportion of the first two to the full length of the finger gives the golden ratio (with the exception of the thumbs). You can also see that the proportion of the middle finger to the little finger is also a golden ratio. (4)
You have two hands, and the fingers on them consist of three sections. There are five fingers on each hand, and only eight of these are articulated according to the golden number: 2, 3, 5, and 8 fit the Fibonacci numbers.
The Golden Ratio in the Human Face
There are several golden ratios in the human face. Do not pick up a ruler and try to measure people's faces, however, because this refers to the "ideal human face" determined by scientists and artists.
For example, the total width of the two front teeth in the upper jaw over their height gives a golden ratio. The width of the first tooth from the centre to the second tooth also yields a golden ratio. These are the ideal proportions that a dentist may consider. Some other golden ratios in the human face are:
Length of face / width of face,
Distance between the lips and where the eyebrows meet / length of nose,
Length of face / distance between tip of jaw and where the eyebrows meet,
Length of mouth / width of nose,
Width of nose / distance between nostrils,
Distance between pupils / distance between eyebrows.
Golden Proportion in the Lungs
In a study carried out between 1985 and 1987 (5), the American physicist B. J. West and Dr. A. L. Goldberger revealed the existence of the golden ratio in the structure of the lung. One feature of the network of the bronchi that constitutes the lung is that it is asymmetric. For example, the windpipe divides into two main bronchi, one long (the left) and the other short (the right). This asymmetrical division continues into the subsequent subdivisions of the bronchi. (6) It was determined that in all these divisions the proportion of the short bronchus to the long was always 1/1.618.
THE GOLDEN RECTANGLE AND THE DESIGN IN THE SPIRAL
A rectangle the proportion of whose sides is equal to the golden ratio is known as a "golden rectangle." A rectangle whose sides are 1.618 and 1 units long is a golden rectangle. Let us assume a square drawn along the length of the short side of this rectangle and draw a quarter circle between two corners of the square. Then, let us draw a square and a quarter circle on the remaining side and do this for all the remaining rectangles in the main rectangle. When you do this you will end up with a spiral.
The British aesthetician William Charlton explains the way that people find the spiral pleasing and have been using it for thousands of years stating that we find spirals pleasing because we are easily able to visually follow them. (7)
The spirals based on the golden ratio contain the most incomparable designs you can find in nature. The first examples we can give of this are the spiral sequences on the sunflower and the pine cone. In addition to this, an example of Almighty Allah's flawless creation and how He has created everything with a measure, the growth process of many living things also takes place in a logarithmic spiral form. The curves in the spiral are always the same and the main form never changes no matter their size. No other shape in mathematics possesses this property.
The Golden Ratio in Snow Crystals
The golden ratio also manifests itself in crystal structures. Most of these are in structures too minute to be seen with the naked eye. Yet you can see the golden ratio in snow flakes. The various long and short variations and protrusions that comprise the snow flake all yield the golden ratio. (18)
THE GOLDEN RATIO IN SPACE
In the universe there are many spiral galaxies containing the golden ratio in their structures.
The Golden Ratio in Physics
You encounter Fibonacci series and the golden ratio in fields that fall under the sphere of physics. When a light is held over two contiguous layers of glass, one part of that light passes through, one part is absorbed, and the rest is reflected. What happens is a "multiple reflection." The number of paths taken by the ray inside the glass before it emerges again depends on the number of reflections it is subjected to. In conclusion, when we determine the number of rays that re-emerge, we find that they are compatible with the Fibonacci numbers.
The fact that a great many unconnected animate or inanimate structures in nature are shaped according to a specific mathematical formula is one of the clearest proofs that these have been specially designed. The golden ratio is an aesthetic rule well known and applied by artists. Works of art based on that ratio represent aesthetic perfection. Plants, galaxies, micro-organisms, crystals and living things designed according to this rule imitated by artists are all examples of Allah's superior artistry. Allah reveals in the Qur'an that He has created all things with a measure. Some of these verses read:
… Allah has appointed a measure for all things. (Surat at-Talaq, 3)
… Everything has its measure with Him. (Surat ar-Ra'd, 8)
**Artikel ini adalah petikan sebahagian isi dari keseluruhan artikel. Sila rujuk link di atas untuk bacaan keseluruhan artikel dan melihat rujukan yang telah digunakan oleh penulis.
Thursday, July 14, 2011
MARKETING DAN KEHIDUPAN
Semalam (13/7/2011), saya mengikuti satu kursus Marketing secara in-house. Kursus ini dikendalikan oleh En. Salman Tan Eng Wah. Beliau sememangnya amat berpengalaman dalam bidang ini dan telah mengendalikan kursus dengan berkesan. Contoh dan perkongsian yang beliau berikan amat jelas dan cocok dengan realiti. Yang paling penting, beliau berjaya membuat penyampaian "bercakap dari hati".
Bermula dengan memberi asas marketing, beliau menerangkan bahawa marketing adalah satu bidang yang cukup luas dan bukan sekadar usaha mendapatkan projek atau mewar-warkan tentang sesuatu produk atau perkhidmatan sahaja. Oleh itu, marketing boleh dikatakan sebagai satu "way of thinking".
En. Salman menegaskan perkara utama yang perlu diberi penekanan ialah The Concept of Thinking (Thought). Konsep ini bukan saja teras dalam Marketing tapi merangkumi semua perkara dalam kehidupan. Antara isi utama yang beliau kongsikan dari segi pembangunan diri :
1. THINK! Why are you here?
2. THINK! How to satisfy your customer NEEDS?
3. ALWAYS THINK! Based on your objectives.
4. THINK! How to position yourself/your product in other people's mind?
5. SHARPEN your THINKING! Knowledge is the key to everything.
6.DEEPEN AND WIDEN YOUR THINKING!
7. COMMUNICATE your thinking! With confidence.
8. Build your THINKING PROCESS!
9. ACTIVATE THINKING! Brainstorming and classification activities - psychological process
10. Self-justification; THINKING - What type of war, determine what weapon to use.
En. Salman juga turut berkongsi kerangka pemikiran asas untuk mengemudi pemikiran dalam setiap situasi:
1. Where are we now? (Status check)
- Objectives / positioning (what so unique about you, what are you selling) / competition
2. Where are we going?
- S.W.O.T. analysis (important to know yourself)
3. How will we get there?
- Roadmap / budget / resources / strategic partners
Untuk mengukur tahap komitmen kita dalam membuat sesuatu, En. Salman mencadangkan kita muhasabah perkara berikut:
1. How well do you know about what you're doing?
- What is the best strength?
- How well you're connected?
2. How well do you know about the products and services?
3. How well do you know yourself?
- Jika tiada tv dan internet, apa yang anda akan buat?
4. If you can change your job description, what it will be?
Secara keseluruhannya, En. Salman membina skeleton pemikiran yang merupakan pasak asas menentukan halatuju tindakan setiap individu. Walau berkongsi ilmu dan pengalaman dalam bidang marketing, idea dan isi yang beliau sampaikan boleh diguna dalam segenap aspek kehidupan. Saya boleh membuat kesimpulan ; marketing adalah kehidupan.
Lao Tze : "When I let go of what I am, I become what I might be"
Monday, July 11, 2011
DOA UNTUK ANAK SOLEH
رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِن ذُرِّيَّتِنَآ أُمَّةً مُّسْلِمَةً لَّكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَآ إِنَّكَ أَنتَ التَّوَّابُ الرَّحِيم
Our Lord! And make us submissive unto You and of our offspring a nation submissive unto You, and show us our Manasik, and accept our repentance. Truly, You are the One Who accepts repentance, the Most Merciful.
"Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: Orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan jadikanlah daripada keturunan kami: Umat Islam (yang berserah diri) kepadamu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani."
2. SURAH ALI-IMRAN AYAT 38
رَبِّ هَبْ لِى مِن لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَآءِ
At that time Zakariyya invoked his Lord, saying: “O my Lord! Grant me from You, a good offspring. You are indeed the All-Hearer of invocation.”
“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan”.
3. SURAH AS-SAAFAT AYAT 100
رَبِّ هَبْ لِى مِنَ الصَّـلِحِينِ
“My Lord! Grant me (offspring) from the righteous.”
"Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh."
(Doa Nabi Ibrahim ini dimakbulkan oleh Allah SWT. Baginda mendapat anak lelaki yang soleh dan penyabar iaitu Nabi Ismail a.s)
4. DOA AGAR ANAK2 MENGERJAKAN SOLAT, SURAH IBRAHIM (14) AYAT 40
رَبِّ اجْعَلْنِى مُقِيمَ الصَّلوةِ وَمِن ذُرِّيَتِى رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَآءِ
“O my Lord! Make me one who performs Salah, and (also) from my offspring, our Lord! And accept my invocation.”
"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku."
5. DOA MELEMBUTKAN HATI ANAK2 YG NAKAL, SURAH TAHA AYAT 1-6
طه
1. Ta Ha
مَآ أَنَزَلْنَا عَلَيْكَ الْقُرْءَانَ لِتَشْقَى
2. We have not sent down the Qur’an unto you to cause you distress,
إِلاَّ تَذْكِرَةً لِّمَن يَخْشَى
3. But only as a Reminder to those who fear (Allah)
تَنزِيلاً مِّمَّنْ خَلَق الاٌّرْضَ وَالسَّمَـوَتِ الْعُلَى
4. A revelation from Him Who created the earth and high heavens
الرَّحْمَـنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى
5. The Most Gracious Istawa the Throne
لَهُ مَا فِي السَّمَـوَتِ وَمَا فِي الاٌّرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَا وَمَا تَحْتَ الثَّرَى
6. To Him belongs all that is in the heavens and all that is on the earth, and all that is between them, and all that is under the soil
6. DOA AGAR DIBERI ZURIAT YG MENYEJUKKAN HATI, SURAH AL-FURQAN(25) AYAT 74
رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَجِنَا وَذُرِّيَّـتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَاماً
“Our Lord! Bestow on us from our wives and our offspring the comfort of our eyes, and make us leaders of those who have Taqwa.”
"Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa."
7. AJARKAN ANAK-ANAK DOA UNTUK IBUBAPA, SURAH IBRAHIM (14) AYAT 41
رَبَّنَا اغْفِرْ لِى وَلِوَالِدَىَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ
“Our Lord! Forgive me and my parents, and (all) the believers on the Day when the reckoning will be established.”
"Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan."
8. AMALAN PENERANG HATI UNTUK ANAK-ANAK
a. Ajak anak-anak melakukan ibadah bersama-sama. Ambil wuduk sebelum ibadah dan sapukan sisa-sisa wuduk pada anggota badan kita selepas berwuduk ke muka, kepala dan dada anak-anak kita. Sambil sapukan air wuduk itu, baca ayat berikut:
"Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah "misykaat" yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu - dengan sendirinya - memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu." (An-Nuur 24:35)
b. Biasakan sapu dan gosok kepala dan dada anak kecil/anak-anak sambil baca ayat di atas dan ulangi sebanyak tiga kali pada ayat "Yahdillahu li nurihi man yasyaak...." hingga akhir ayat.
****Petua amalan penerang hati untuk anak-anak ini saya perolehi dari seorang peneroka Felda bernama Pak Soh Jabor. Walaupun hidup sebagai peneroka, semua anak-anak beliau berjaya menamatkan pengajian di IPT. Beliau berkongsi sebahagian rahsia kejayaan anak-anaknya ialah amalan petua ini dan menjaga keberkatan rezeki. Jika ada kebaikan, doakanlah ganjaran pahala daripada Allah kepada beliau atas perkongsian ini.
laman jualan TERBARU kami di
http://attayseer.blogspot.com/