Saturday, April 9, 2011

DOA SEBELUM BERMU'ASYARAH BERSAMA PASANGAN (SUAMI ISTERI)


عن ابن عباس - رضي الله عنه - قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ( لو أن أحدكم إذا أراد أن يأتي أهله قال : بسم الله ، اللهم جنبنا الشيطان ، وجنب الشيطان ما رزقتنا ، فإنه إن قضي بينهما ولد من ذلك لم يضره الشيطان أبدا ) ( متفق عليه )

قال المناوي : ( " لو أن أحدهم إذا أراد أن يأتي " يجامع فالإتيان كناية عنه " أهله " حليلته " قال " حين إرادته الجماع لا حين شروعه فيه ، فإنه لا يشرع حينئذ كما نبه عليه الحافظ ابن حجر " بسم الله اللهم " أي يا الله " جنبنا الشيطان " أي أبعده عنا " وجنب الشيطان ما رزقتنا " من الأولاد أو أعم والحمل عليه أتم ، لئلا يذهب الوهم في أن الإنس منهم لا يسن له الإتيان به ! إذ العلة ليست حدوث الولد فحسب ؛ بل هو إبعاد الشيطان حتى لا يشاركه في جماعه 0 فقد ورد أنه يلتف على إحليله إذا لم يسم ، والأهل والولد من رزق الله " فإنه إن قضى " بالبناء للمفعول أي قدر " بينهما " أي بين الأحد والأهل وفي رواية بينهم بالجمع نظر إلى معناه في الأصل " ولد " ذكرا أو أنثى جواب لو الشرطية ويمكن كونها للتمني " من ذلك " أي من ذلك الإتيان " لم يضره " بضم الراء على الأفصح وتفتح " الشيطان " بإضلاله وإغوائه ببركة التسمية " أبدا " فلا يكون للشيطان سلطان في بدنه ودينه ولا يلزم عليه عصمة الولد من الذنب ، لأن المراد نفي الإضرار كونه مصونا من إغوائه بالنسبة للولد الحاصل بلا تسمية ، أو لمشاركة أبيه في جماع أمه 0 والمراد لم يضره الشيطان في أصل التوحيد 0 وفيه بشارة عظمى أن المولود الذي يسمى عليه عند الجماع الذي قضى بسببه يموت على التوحيد ، وفيه أن الرزق لا يختص بالغذاء والقوت ؛ بل كل فائدة أنعم الله بها على عبد رزق الله فالولد رزق وكذا العلم والعمل به ) ( فيض القدير - باختصار - 5 / 306 - 307

Setiap individu muslim sememangnya amat menginginkan anak-anak yang soleh dan solehah. Tetapi adakah mereka sedar bahawa proses untuk membentuk anak yang soleh dan solehah ini sebenarnya bermula dari setidak-tidaknya pada 2 asas berikut :
1. Calon pasangan yang soleh atau solehah.
2. Adab dan amalan doa semasa hubungan kemesraan suami isteri.

Penulisan ini cuba menghuraikan berkaitan amalan doa sebelum hubungan badan yang halal antara suami dan isteri berdasarkan hadis dan huraian yang dipetik dari al-Munawi. Antara pembelajaran dari hadis di atas :

1. Kaedah "parenting" yang biasa didengari mesti dilihat dalam konteks yang syumul. Usaha untuk melahirkan dan mendidik anak yang soleh dan solehah bukan bermula pada ketika anak tersebut telah mula memahami kata-kata. Tetapi usaha ini mesti bermula semasa proses "meletakkan batu asas" iaitu permulaan dalam hubungan kelamin suami isteri.

2. Doa "بسم الله ، اللهم جنبنا الشيطان ، وجنب الشيطان ما رزقتنا" (yang bermaksud : "Dengan nama Allah. Ya Allah! Jauhkanlah kami dari [gangguan] syaitan. Dan jauhkanlah juga apa yang bakal Engkau berikan kepada kami sebagai rezeki dari [gangguan] syaitan" hendaklah dibaca semasa pasangan suami isteri hendak memulakan jimak BUKAN semasa permulaan berseronok.

3. Memulakan sesuatu perbuatan dengan nama Allah hatta pada ketika hubungan suami isteri pun menunjukkan kepada kita untuk sentiasa ingat kepada Allah dalam apa-apa keadaan.

4. Menjadi satu keperluan kepada kita untuk sentiasa berlindung dari SYAITAN dalam setiap perkara kebaikan yang kita lakukan. Syaitan telah bersumpah di hadapan Allah untuk menyesatkan seluruh anak Adam. Kegagalan suami isteri untuk mengamalkan doa ini akibat gelojoh dengan dorongan nafsu boleh mengundang syaitan untuk turut bersama-sama 'menyumbang saham' dalam hubungan suami isteri. Akibatnya, usaha yang baik tetapi tercampur dengan benih-benih hasutan syaitan akan membuahkan hasil tidak seperti yang diharapkan.

5. Hubungan kelamin suami isteri adalah satu usaha untuk mendapatkan zuriat. Jadi ia merupakan tapak asas yang perlu bersih dan kukuh supaya hasil zuriat yang lahir kelak juga bersifat bersih dan kukuh. Umpama, simen dan besi yang dijadikan asas binaan. Jika campuran simen mengandungi lebih kandungan pasir atau besi yang digunakan tidak menepati saiz yang diperlukan, maka sudah tentu hasil binaan yang akan dihasilkan tidak boleh diyakini kualitinya. Walaupun sebelum usaha pembinaan, kita mengidam-idamkan dan termimpi-mimpi sebuah bangunan yang cantik dan teguh.

6. Anak-anak juga termasuk dalam kategori rezeki yang Allah kurniakan kepada manusia dalam kehidupannya. Pentakrifan rezeki tidak hanya tertakluk pada makan minum, kewangan, faedah-faedah duniawi dan ukhrawi serta segala peluang-peluang yang diperolehi oleh manusia.

7. Doa yang disebutkan di atas mampu menjadi pendinding kepada anak-anak kita dari gangguan syaitan. Di mana (bacaan Bismillah dan doa dijauhkan syaitan) mampu menjauhkan syaitan - فلا يكون للشيطان سلطان في بدنه ودينه ولا يلزم عليه عصمة الولد من الذنب - dari menjadi raja dalam diri anak-anak sehingga mampu memesongkannya dari panduan agama serta boleh mengelakkan diri anak tersebut dari bergelumang dengan dosa dan kemaksiatan. Di samping itu, matlamat yang paling utama dengan membaca doa ini ialah supaya zuriat kita sentiasa kekal berpegang dengan keimanan kepada Allah sehingga ke akhir usianya.
Cabaran duniawi di tempoh akhir zaman ini menuntut kita sentiasa peka dengan segenap aspek tindakan yang kita lakukan agar kita, keluarga kita dan zuriat keturunan kita sentiasa diberi petunjuk dan hidayah oleh Allah S.W.T. agar terhindar dari perkara yang menyesatkan. Tulisan ini adalah satu peringatan kepada kita semua khususnya bagi mereka yang lupa. Mungkin ada yang melihat sudut ini sebagai satu isu yang kecil. Tetapi pada pandangan saya, setiap yang kecil itu dicipta bukan untuk dipinggirkan. Allah tidak melihat sebesar mana hasil yang bakal kita perolehi, tetapi kita akan dinilai olehNya dari sudut sebesar mana usaha yang telah kita gerakkan.

Wallahu A'lam.



Sambil membaca, jom kunjungi 
laman jualan TERBARU kami di
http://attayseer.blogspot.com/