Monday, August 31, 2009

Adakah kita memiliki tanda aras dan arah perjuangan?

Untuk menjadi individu yang berjaya dalam kehidupan, kita perlu mempunyai tanda aras atau benchmark tersendiri untuk membolehkan kita mengukur tahap di mana diri kita yang sebenarnya. Bila disebut persoalan tanda aras dalam mengukur kejayaan diri, tidak ramai individu yang mempunyai tanda aras yang spesifik atau hanya setakat mengukur sesuatu dalam kadar zon selesa atau comfort zone. Ini menyebabkan kita tidak mampu meningkatkan keupayaan diri ke tahap yang lebih baik.

Kebiasaannya, ramai individu lebih suka berada dalam keadaan zon selesa setelah mereka rasa telah mencapai tahap yang dirasakan berpatutan. Oleh itu, mereka akan hanya sekadar melakukan rutin harian yang akhirnya tidak membawa perkembangan dalam potensi diri dan pemikiran. Adakah kita semua berada ditakuk ini?

Ada juga individu yang tidak berminat dan buat tak kisah tentang keperluan mempunyai tanda aras dalam kehidupan atau dalam setiap apa yang mereka lakukan. Ramai yang hanya berpada untuk buat cukup makan atau mengulangi apa yang telah dibuat sebelum ini. Mereka hanya merasakan kalau pada pandangan dan view mereka sesuatu perkara itu dah ok, maka it should be ok tanpa perlu mengukur dan berfikir - sepatutnya kalau nak buat benda ni lebih baik macam mana? Adakah kita semua berada dalam lingkungan ini?

Di kalangan anak muda dan remaja, dunia mereka lebih mencabar. Mereka diakui ada tanda aras atau idola dalam kehidupan. Cuma persoalannya, adakah tanda aras dan idola mereka bakal membawa mereka ke jalan yang terpesong yang akhirnya merugikan masa depan mereka sendiri? Atau adakah tanda aras dan idola mereka hanya boleh memenuhi runtunan hawa nafsu dan tidak membawa apa-apa kebaikan pada potensi diri serta kemurnian untuk kehidupan ukhrawi? Adakah kita atau golongan di keliling kita berada dalam kepompong ini?

Lebih cemas, ramai ibubapa zaman sekarang khususnya orang Melayu suka  mendorong anak-anak mereka untuk menggunakan kaedah Jalan Pintas. Isu utamanya ialah ramai meletakkan tanda aras untuk cepat jadi kaya dengan mendorong anak supaya menjadi artis yang kononnya bila sudah popular akan dapat banyak duit. Maka ramai lah anak muda melayu menyertai prog realiti untuk menjadi artis. Saya bukan terlalu anti program realiti ini. Tetapi apabila melihat kalangan anak muda Melayu Islam yang sanggup mengabaikan pendidikan bahkan disokong pula oleh ibubapa yang sanggup bergolok gadai untuk anak mereka berjaya dalam 'kerjaya' hiburan itu, saya merasakan "sengkek" dan cetek sangatkah pemikiran masyarakat kita yang hanya mentakrifkan menjadi artis sebagai satu tanda aras kejayaan. Itu tak dikira lagi dengan biah dan suasana pergaulan mereka yang jika tidak dapat kawal diri maka negatiflah akibatnya. Adakah anda berada dalam kepungan ini?

Atau lebih merunsingkan lagi, yang juga cabaran yang mungkin sukar saya dan kita semua untuk hadapi iaitu tanda aras kita "SUKA DUNIA DAN TAKUT MATI". Mungkin dalam kehidupan seharian, kita jengkel melihat orang lain lebih dari kita dari sudut harta dan pangkat tetapi kurang daya usaha untuk bersaing dengan orang yang lebih berilmu. Adakah kita dalam kelompok ini? Sukar mendidik diri untuk menjadi insan yang mempunyai tanda aras yang sentiasa membandingkan diri dengan kelompok yang berilmu serta mengamalkannya. Juga perlu  usaha mentarbiah diri mempunyai tanda aras untuk memperbanyakkan syukur dengan membandingkan diri kepada orang yang diuji Allah dengan mehnah dan ujian dalam kehidupan seperti kelompok fakir miskin, hidup dalam ketakutan, suasana kebuluran dan kedhaifan.

Yang penting, untuk menghargai anugerah Allah yang menciptakan manusia sebagai sebaik-baik kejadian, maka kita mestilah meletakkan tanda aras sentiasa suka kepada yang terbaik kerana itulah FITRAH manusia. Cuma "yang terbaik" bagi kita mestilah diukur dari apa yang terbaik dalam neraca Allah S.W.T. 

Di sini saya lampirkan tulisan Dr. Mohd Asri Zainal Abidin dalam Mingguan Malaysia pada 30 Ogos 2009 untuk kita ukur apa tanda aras dalam pemikiran kita berdasarkan coretan beliau. Mungkin ada yang bersetuju dan mungkin juga ada yang kurang bersetuju. APA YANG PENTING - baca, fikir dan lihat dengan minda yang diasuh, mata hati yang digilap dan potensi diri yang dikerah keseluruhannya untuk mencari yang TERBAIK sebagai tanda aras diri kita.

Petikan dari tulisan Dr. Mohd Asri Zainal Abidin dalam Mingguan Malaysia 30 Ogos 2009.

Apa mereka perjuangkan?

Tanda aras


Dalam Islam kita diajar agar mencontohi yang baik, bahkan yang terbaik. Jika kita ingin mencapai sesuatu kualiti yang baik, maka kita mestilah mengambil bench mark atau penanda aras yang terpilih. Justeru itu kita disuruh mencontohi para nabi dan pengikut mereka yang terbukti benar-benar berjaya mempertahankan prinsip kebenaran. Ini seperti firman Allah: (maksudnya) "Sesungguhnya adalah bagi kamu pada (Nabi) Ibrahim (aS) dan pengikut-pengikutnya - contoh ikutan yang baik..." (Surah Mumtahanah, ayat 4). 

Firman Allah juga: (maksudnya) Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada Rasulullah itu contoh ikutan yang baik bagi sesiapa yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) Hari Akhirat, serta dia pula mengingati Allah banyak-banyak. (Surah al-Ahzab, ayat 21). 

Nabi Muhammad itu sendiri pun diperintah oleh Allah SWT agar menuruti langkah dan teladan para nabi sebelum baginda. Firman Allah: "Mereka (nabi-nabi) tersebut adalah orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah, maka turutlah olehmu (Wahai Muhammad) akan petunjuk mereka." (Surah al-An'am, ayat 90). 

Demikianlah banyak ayat-ayat al-Quran yang Allah arahkan agar kita mencontohi teladan yang baik sebagai penanda aras dalam perjalanan hidup kita. 

Malang sekali, 'orang parti' apabila kita mengkritik tindakan parti mereka, mereka akan menjawab ''parti lawan lebih teruk'', atau ''parti lawan buat tak apa, kenapa kami tak boleh? ''Kenapa bantah kami, parti lawan pun buat perkara yang sama? atau apa sahaja jawapan yang menunjukkan penanda aras tindakan mereka adalah diukur dengan parti lawan mereka. 

Pada masa yang sama mereka kata parti lawan buruk dan mendakwa mereka lebih baik dari parti musuh mereka, tapi pengukur tindakan mereka tidak lebih dari parti yang mereka tentang. Mereka sebenarnya bukan mencari yang terbaik, tetapi mereka ingin menjustifikasikan tindakan politik mereka. 

Jika itulah tahap pemikiran orang politik kita, sehingga bila pun kita tidak akan dapat membuat perubahan yang terbaik dalam masyarakat kita. Barangkali jika kita mengkritik mereka mengambil rasuah, mereka akan jawab: ''pemimpin parti lawan kami ambil lagi banyak, pasal apa kritik kami?" Mereka menghalalkan tindakan mereka kerana parti lain pun buat. 

Jika begitu, kita tidak perlu buat pilihan raya untuk sebarang pemilihan kerana tahap ukuran atau penanda aras mereka itu sama! Mungkin ada yang berkata; kita guna kaedah 'memilih mudarat yang paling ringan' seperti yang diajar dalam qawa 'id fiqhiyyah (kaedah-kaedah fekah). 

Kaedah ini mengajar bahawa apabila bertentangan antara dua mudarat atau bahaya, seseorang muslim diperintahkan agar memilih yang paling kurang bahaya atau mudarat antara keduanya. Kaedah ini digunakan apabila tiada lagi di hadapan seseorang pilihan yang lain. Namun jika di sana ada jalan keluar dari bahaya atau mudarat tersebut, maka kita hendaklah mendapatkannya.

Pihak yang layak untuk melaksanakan kaedah ini ialah para pengundi apabila mereka mendapati kesemua parti-parti ini adalah bahaya dan mudarat, mereka terpaksa memilih yang paling ringan mudaratnya. 

Soalnya, apakah parti-parti ini hanya mampu menjadi 'yang paling ringan mudarat', bukan yang mampu membawa sesuatu yang baik atau terbaik? Juga, apakah parti-parti politik ini kesemuanya merupakan bahaya dan mudarat yang kita tiada pilihan, atau mampu mencari jalan keluar? Atau, apakah sekadar itu sahaja tahap kualiti dan pemikiran kita.

Kualiti perjuangan

Saya suka apabila ada pihak yang membezakan kualiti pengikut atau penyokong. Saya bukan tokoh politik, tetapi sering berjumpa berbagai pihak dan individu sama ada di tempat awam, tertutup atau melalui surat dan e-mel yang menyebut: ''Saudara, saya penyokong anda", atau ''saya peminat anda", atau ''saya berikan sokongan penuh perjuangan anda." 

Jika saya sempat bersembang dengan mereka saya pasti akan bertanya: ''Apa yang anda sokong?'', ''Apa yang anda minat?'' Alhamdulillah, ramai yang menjawab: ''Saya pembaca setia tulisan anda'', atau ''Saya selalu mengikuti ucapan anda dalam berbagai media," atau ''Saya sering menghadiri kuliah anda." Namun jika ada yang menjawab ''Saja, seronok-seronok'' atau ''kawan saya sokong anda, saya pun join kelab mereka," atau ''Sekadar trend terkini,'' tentulah sesuatu yang mendukacitakan dan tidak memberi apa-apa makna kepada segala usaha dan penat lelah. 

Saya dapati ramai orang politik cuai hakikat ini. Sesetengah parti politik, para pengikut mereka benar-benar tiada kualiti. Mereka tidak mendokong cita-cita perjuangan, atau tiada faham apa yang diperjuangkan, tetapi sekadar berseronok suka dengan 'keramaian' dan 'faedah sampingan' yang diperolehi. 

Mereka tidak tahu idealisme perjuangan, atau jika tahu pun mereka tidak menghayatinya atau terasa sebahagian dari perjuangan mereka. Inilah yang kita lihat pada ramai anak-anak muda, bahkan yang tua juga yang bersorak-sorai dalam musim pilihan raya.

Ada parti yang benar-benar lesu cita-cita perjuangannya. Hilang arah dan matlamat perjuangan. Hidup atas isu atau sekadar hendak mempertahankan kerusi atau kuasa yang ada. Para pengikut bawahan mereka, hanya sekadar untuk mendapatkan upah menggantung poster, atau wang poket, atau 'makan percuma'. 

Politik sekadar untuk bersosial, bukan kerena ada perjuangan yang hendak digalas, maka hancurlah politik kita dan masa depan negara. Hal ini berlaku disebabkan banyak perkara, antaranya; perjuangan parti itu sendiri hilang arah, atau cita-cita perjuangannya tidak berpijak di alam nyata, atau perjuangannya tidak dapat diterima pengikut atau contoh teladan buruk kepimpinan parti yang menyebabkan segala idealisme ditelan isu-isu peribadi.

Menetapkan hala tuju perjuangan yang jelas dalam diri individu atau organisasi merupakan rukun utama dalam meneruskan perjalanan hidup.

Sebab itulah, sebahagian sarjana ada yang menyatakan Islam itu adalah jawapan yang tepat kepada tiga soalan utama yang sentiasa muncul dalam akal pemikiran manusia sepanjang zaman; iaitu dari mana manusia wujud? Kenapa manusia diwujudkan? Ke mana akhirnya kesudahan kewujudan manusia? 

Islam menjawab persoalan-persoalan ini secara tepat. Jika sesiapa dapat memahami atau memberikan jawapan yang tepat kepada persoalan-persoalan ini, bererti dia memahami hakikat Islam. Dengan memahami hakikat ini, maka umat Islam dahulu yang gemilang berjuang. Kejelasan matlamat dan hala tuju hidup terbentang di hadapan mata mereka.

Maka jika hal ini dikiaskan kepada perjuangan apa sahaja, jika perjuangan itu dapat memberikan jawapan serta memahamkan pengikut mereka, 'bagaimanakah perjuangan mereka itu boleh muncul? Untuk apa mereka berjuang? Dan ke manakah kesudahannya perjuangan tersebut? maka kita akan dapati kelangsungan perjuangan berkenaan. Jika tidak, ia adalah slogan khayalan yang tiada hakikat baginya. 

Sekalipun, jika ia kelihatan gah dan besar, ia hanyalah singa atau raksasa kertas yang boleh dimusnahkan oleh sebatang mancis api. Jika jawapan itu benar-benar wujud sekalipun kecil ia mampu bergerak dan membawa dirinya sendiri.

Friday, August 28, 2009

Mengambil iktibar dari bangsa-bangsa berjaya 5 (Bangsa Yahudi)

sambungan dari Post yang lepas Mengambil iktibar dari bangsa-bangsa berjaya 4

iv. Jaringan

a. Memiliki jaringan rasmi dan tidak rasmi.

Jaringan diwujudkan untuk menjana kekuatan bangsa mereka.

Aspek kebajikan amat ditekankan dan diberi perhatian.

Jaringan etnosentrik Yahudi membentuk penguasaan monopoli ekonomi di seluruh dunia.

b. Wujud institusi dan organisasi yang membantu survival bangsa.

Keadaan diaspora memerlukan mereka membentuk institusi tersendiri yang mampu mengukuhkan keadaan dan menjaga kebajikan mereka.

Komuniti yang terpisah menjadi faktor pendesak untuk membentuk organisasi yang mampu menjamin kekuatan bangsa.

Kekuatan institusi ini mampu menyaingi peranan sebuah negara dalam menjaga kebajikan rakyatnya.

Institusi yang ditubuhkan ini merupakan organisasi yang terpisah dari sistem kerajaan sesebuah negara yang diduduki oleh kelompok Yahudi tersebut. Ini bermakna institusi tersebut mempunyai modal tersendiri dan dibangunkan dengan kekuatan bangsa Yahudi sendiri.

Wujud keadaan saling membantu di mana seorang Yahudi yang telah dibantu oleh institusi ini akan memberikan sumbangannya selepas dia berjaya dalam bidangnya.

c. Membina kemampuan untuk menjamin manfaat kepada bangsa.

Mewujudkan modal sosial (social capital) melalui keahlian dalam jaringan hubungan dan struktur sosial yang lain.

Konsep modal sosial ini menjadi jambatan kepada jurang antara keutamaan bangsa Yahudi dan perincian modal insan.

Ia membentuk rangka kerja untuk membantu dalam pengamalan keagamaan, menjadi payung untuk melindungi dan mengukuh serta membantu seseorang Yahudi menguasai kemahiran dan sumber yang diperlukan untuk kejayaan dalam pelbagai bidang.

d. Kepadatan dan kekuatan ikatan hubungan.

Mempunyai ikatan hubungan yang kukuh dalam komuniti yang terhasil dari pendidikan dan organisasi perkumpulan (communal organizations). 

Ini membantu meningkatkan keupayaan mereka untuk saling berlatih, membimbing dan menggunakan skil yang dipelajari dengan penuh efisien.


e. Meletakkan pengetahuan sebagai prosedur dan dikongsi bersama.

Segala pengetahuan yang dimiliki dibukukan dan diajar kepada generasi baru.

Kemahiran organisasi, jaringan sosial, pencapaian pendidikan dan bentuk idea bantu kendiri (self-help) yang dibina sepanjang diaspora disatukan. Kejayaan usaha ini dilihat apabila Yahudi membawa resepi tersebut ke Amerika Syarikat dan berjaya membuktikan kekuasaan mereka.

Keistimewaan ini terus dijadikan kunci kejayaan kepada Yahudi untuk menguasai pelbagai bidang.
 

f. Kejelasan peranan dalam setiap komuniti.

Yahudi, walau di mana mereka berada, mereka tetap jelas dengan peranan yang perlu dimainkan.

Apabila mereka tahu peranan dan jelas matlamat, tindakan mereka tindakan mereka dilihat seolah-olah sama dan seperti dirancang.

Di sinilah punca peranan yang digerakkan oleh organisasi komuniti Yahudi. 

Dalam komuniti, setiap individu tahu bahawa mereka perlu menguasai akademik hingga ke tahap tertinggi. Oleh itu, kebanyakan mereka akan berjaya mencapai tahap terbaik dalam akademik.

Apabila perhimpunan sosial dilakukan, setiap komuniti mempunyai hasil graduan masing-masing yang akhirnya menyumbang pada bilangan profesional dan pemilik perniagaan yang tinggi.

Kekuatan komuniti ini secara tidak langsung akan menyediakan kepada generasi muda Yahudi khidmat nasihat, bimbingan, role model, sikap terbaik dan kemahiran yang diperlukan dalam apa jenis situasi khususnya bidang ekonomi.

g. Mengamalkan kebajikan atau sedekah kepada keperluan bangsa.

Yahudi amat mementingkan hal ini sebagai satu timbal balik atas apa yang telah diterima dari bangsanya.

Masyarakat tradisional Yahudi mendermakan (istilah yang digunakan oleh mereka ialah Tzedakah) minimum 10 peratus dari pendapatan mereka untuk kebajikan bangsa.

Tradisi ini diteruskan hingga ke hari ini dan ia membantu dalam mengukuhkan jaringan bangsa.
Dalam senarai majalah Business Week pada tahun 2006 di bawah tajuk The 50 Most Generous Philanthropists, seramai 15 dermawan Yahudi disenaraikan dalam senarai tersebut. Walaupun populasi Yahudi di Amerika hanya dua peratus sahaja, tetapi mereka menguasai 30 peratus dari senarai dermawan di Amerika.

v. Daya akademik

a. Bangsa Yahudi adalah satu bangsa yang bijak dalam bidang Matematik dan Fizik

Individu yang bijak dalam bidang Matematik dan Fizik adalah individu yang bagus dalam penguasaan dimensi otak kiri.

Kecemerlangan otak kiri banyak menyumbang kepada tahap IQ yang tinggi.
Seorang individu yang cemerlang otak kiri dan mahir dalam bidang ilmu matematik serta fizik adalah seorang yang bijak dalam membuat keputusan.

b. Bijak disebabkan faktor genetik

Ramai pengkaji Yahudi berpendapat mereka bijak disebabkan oleh faktor genetik dan sebilangan pengkaji lain menolak pendapat ini.

Pengkaji teori sosial Britain iaitu Dr Charles Murray berpendapat Yahudi sememangnya bijak kerana mewarisinya secara turun-temurun.

Kajian beliau mendapati purata nilai IQ Yahudi adalah tujuh hingga 15 mata lebih tinggi berbanding kaum lain dan mereka melepasi ujian IQ dengan kadar yang luar biasa. Kadar IQ normal untuk populasi Amerika ialah sekitar 100.

Pendapat lain mengatakan bahawa mereka bijak kerana bijak belajar dari pengalaman mereka.

c. Amat menekankan hasil modal insan berteraskan kemampuan akal

Fokus bangsa Yahudi menjurus kepada menghasilkan “mental labour” seperti kapitalis dan usahawan berbanding “physical labour”.

Situasi ini memerlukan kekuatan daya akademik yang tinggi.

d. Pendidikan menekankan aspek pemikiran

Aspek pendidikan di sekolah dan universiti khususnya milik Yahudi menanam pemikiran mengenai strategi, peluang dan pelaburan.

Melahirkan individu yang SMART atau bijak menjadi keutamaan. Jika hanya mempunyai banyak ilmu tetapi tidak tahu menggunakannya dengan baik maka ia tidak akan memberikan apa-apa sumbangan.

e. Mementingkan ilmu dan akademik

Budaya hidup Yahudi amat mementingkan penguasaan ilmu dan kejayaan dalam akademik.

Setiap Yahudi digalakkan menguasai aspek akademik dan membentuk kejayaan dalam bidang sains dan ekonomi. Kebanyakan hartawan dan tokoh mereka telah mencapai tahap tertinggi dalam pendidikan dan pembelajaran.

Ajaran Judaisme sangat menekankan tentang pendidikan kepada kanak-kanak. 

f. Pengukuran daya akademik dan kepintaran Yahudi

Dapat diukur melalui pencapaian mereka dalam akademik atau kejayaan dalam bidang yang diceburi.

Berapakah bilangan individu Yahudi yang pernah menerima Anugerah Nobel dan bandingkan bilangan tersebut dengan jumlah penduduk Yahudi? Seterusnya perbandingan peratusan tersebut dengan bangsa-bangsa lain.

vi. Daya penyelidikan

a. Membina penyelidikan kemahiran ekonomi 

Situasi diaspora telah banyak mengajar Yahudi. Dalam membentuk kemahiran ekonomi yang telah dinyatakan di atas, mereka telah membentuk organisasi bimbingan. 

Idea lahirnya organisasi ini berasaskan penyelidikan mereka untuk mencari kemahiran yang diperlukan untuk mengendalikan komuniti separa ekonomi dan mengukuh jaringan saling bergantung antara mereka.

b. Menyumbang dalam bidang sains dan teknologi.

Yahudi khususnya melalui negara ‘haram’nya Israel memberi sumbangan yang besar dalam penyelidikan sains dan teknologi.

Bidang yang mereka ceburi ialah sains genetik, perubatan, pertanian, sains komputer, elektronik, optik, kejuruteraan dan industri teknologi tinggi yang lain.

Mereka amat memfokuskan kepada bidang industri berteknologi tinggi.

Malah Yahudi telah memiliki sekelompok tokoh saintis yang telah memberikan sumbangan yang besar melalui pengkajian mereka antaranya seperti Albert Einstein (1879-1955) dalam bidang fizik dan pelopor teori relativiti, Chaim Weizmann (1874-1952) saintis dan Presiden Pertama Israel serta Aharon Katzir (1914-1972) seorang ahli kimia.

c. Penyelidikan dalam bidang ketenteraan

Israel amat terkenal dalam penyelidikan teknologi persenjataan.

Antara produk yang dihasilkan bermula dari submachine guns biasa seperti Uzi hinggalah kepada sistem pertahanan anti-ballistic termaju.

Israel juga antara negara yang mempunyai satelit pertahanan yang dilancarkan ke orbit.

d. Penyelidikan dalam bidang pertanian.

Bentuk muka bumi dan cuaca yang kering di Israel, ia mendorong pada penyelidikan dan penghasilan ciptaan terkini dalam teknologi pertanian.

Hasil teknologi Yahudi dalam bidang ini antaranya adalah kaedah takungan air untuk tujuan pengairan, pencernaan anaerobic, penyelidikan paras kandungan garam, baja kompos dan kejuruteraan genetik pertanian termaju.

Tanah yang kering tidak menjadi penghalang kepada mereka untuk maju dalam pertanian.

e. Penyelidikan dalam bidang perubatan.

Israel juga terkenal dalam kemajuan dan revolusi penyelidikan perubatan.

Hasil penyelidikan terbaru mereka yang dihasilkan oleh sekumpulan penyelidik dari Institut Weizmann iaitu molekul biokomputer yang digunakan untuk menyembuhkan penyakit kanser.

Mengambil iktibar dari bangsa-bangsa berjaya 4 (Bangsa Yahudi)

sambungan dari Post yang lepas Mengambil iktibar dari bangsa-bangsa berjaya 3

ii. Usaha

a. Nilai survivalis membentuk usaha yang jitu

Kehidupan merantau memerlukan mereka untuk bekerja keras bagi menjamin kehidupan dan menguasai persaingan.

Pengalaman dianggap sebagai orang asing dan “semi citizens” selama berabad-abad lamanya mengajar mereka berdikari untuk membangunkan bangsa sendiri.

b. Usaha untuk menyumbang pada kemajuan bangsa 

Mentaliti setiap perkara yang dilakukan mesti mempunyai pulangan kepada bangsa.

Berpegang pada nilai bantu diri (help-having) untuk meraih sesuatu.

c. Mementingkan usaha yang optimum untuk hasil yang maksimum 

Usaha yang dijalankan dengan penuh ketekunan akan memberi hasil yang maksimum.

Mereka menekankan setiap usaha perlulah berstrategi untuk pulangan yang maksimum dari sudut masa, modal dan sumber yang telah dikeluarkan.

d. Matlamat yang jelas menjadi teras pengukuh pada usaha 

Mementingkan pencapaian dalam bidang pendidikan dan pencapaian dalam pekerjaan.

Bijak menetapkan matlamat serta bermotivasi tinggi dan konsisten ke arah mencapai matlamat.

e. Tidak pernah putus asa dan lesu usaha

Banyak mengambil iktibar dari sejarah hitam yang pernah dilalui.

Berdasarkan pengalaman ditindas yang dilalui, mereka menggunakannya sebagai panduan untuk merangka strategi bagi menguasai dunia seperti yang dilihat pada hari ini.

Yahudi telah bekerja keras untuk mencapai kejayaan seperti yang dilihat pada hari ini. Antara yang memainkan peranan ialah tokoh Zionis iaitu Theodore Herzl yang merupakan seorang strategis, perangka senario dan pelakon utama dalam gerakan memartabatkan Yahudi dan Zionis.

f. Nilai usaha

Di samping mementingkan kekuatan akademik, bangsa Yahudi menitikberatkan kualiti imaginasi, kreativiti, cita-cita, ketekunan, ketabahan, perasaan ingin tahu yang tinggi dan ketahanan sebagai nilai yang perlu dicapai dalam berusaha.

Nilai ini akan membezakan antara individu yang bekerja bersungguh-sungguh tanpa berstrategi dan individu yang bersungguh-sungguh tetapi bekerja dengan bijak.


iii. Kemahiran ekonomi

a. Berkait rapat dengan amalan sistem nilai dan agama mereka 

Adalah menjadi satu kemuliaan untuk memberi pinjaman, membina rakan niaga dan memberi pekerjaan termasuk modal kepada golongan yang memerlukan dari bangsa sendiri.

Nilai-nilai etika dalam ajaran Judaisme seperti:
 Anjuran memerangi kemiskinan.
 Menjalankan perniagaan secara jujur.
 Menyuburkan budaya kuat bekerja.
 Berlaku adil dan menjaga kebajikan pekerja.
 Menjalankan tanggungjawab sosial di samping meraih keuntungan.

b. Ajaran Judaisme menekankan bangsa Yahudi supaya terlibat dalam perdagangan.

Mereka yakin dan mengamalkan suruhan agama sebagai teras kehidupan mereka.
Petikan mengenai suruhan terlibat dalam aktiviti ekonomi:
Whoever does not teach his son trade, it is as though he taught him to commit robbery”. (T. Kiddushin 29a)

c. Pendekatan ekonomi yang pragmatik

Cenderung memasuki bidang-bidang ekonomi, profesion dan pasaran yang bersifat bebas.

Menjadikan prinsip pengumpulan kekayaan dan harta persendirian sebagai batu loncatan untuk memperkukuhkan kedudukan ekonomi.

d. Kecenderungan pada konsep “individualization of industry

Kecenderungan semula jadi terhadap “individualization of industry” iaitu mahu menguasai bidang-bidang pengeluaran berskala kecil tetapi keuntungan berpanjangan.

Menguasai bidang pemprosesan yang menjadi rantaian dan penggunaan secara optimum dalam bidang pengeluaran sumber alam dan ternakan.

e. Mengamalkan prinsip mengukuhkan kedudukan dan kekuasaan.

Mencari ruang-ruang yang boleh menjadi proksi untuk mengukuhkan kedudukan dan sukar untuk dijatuhkan.

Membangunkan kumpulan efektif (ekonomi dan kepakaran) dalam bidang media dan politik untuk mengukuhkan kedudukan.

Tidak mahu menjadi pengguna tetapi berusaha untuk menjadi pengeluar dan menguasai pasaran.

Membentuk segmen pasaran secara tersusun untuk menjana kekuatan dan dominasi.
Di Amerika Syarikat, Yahudi menguasai beberapa sektor penting yang memungkinkan mereka “mengendalikan” strategi politik Amerika di samping menggunakan kaedah melobi yang dikenali sebagai “The Unbeatable Jewish Lobby”.

f. Membentuk organisasi bimbingan kemahiran ekonomi 

Kelompok Yahudi membentuk komuniti pekerjaan yang akan mengajar asas dan kemahiran ekonomi.

Sumber yang sedia ada akan dikongsi secara bersama.

Organisasi ini dibentuk berdasarkan pengalaman diaspora mereka yang menghendaki mereka mengurus hal bangsa sendiri dalam keadaan tanpa negara.

g. Kemahiran literasi bahasa Hebrew

Pengkaji tentang Yahudi berpendapat kemahiran literasi bahasa Hebrew menjadi antara faktor pemangkin dalam pembinaan kemahiran ekonomi Yahudi.

Asas pandangan mereka bahawa bahasa dan literasi Hebrew sukar untuk dikuasai. Penguasaan bahasa yang baik adalah antara faktor kecerdasan mental yang menyumbang pada kreativiti.

Kemahiran yang diperlukan untuk tujuan keagamaan seperti literasi Hebrew meningkatkan kemampuan mereka untuk menguasai skil berguna dalam ekonomi.


Mengambil iktibar dari bangsa-bangsa berjaya 3 (Bangsa Yahudi)


sambungan dari Post yang lepas Mengambil iktibar dari bangsa-bangsa berjaya 2.

Hasil analisis utama ke atas bangsa Yahudi dalam bidang-bidang kritikal yang menjadi identiti mereka:

i. Sikap

a. Bekerja kuat

 Menitikberatkan waktu kerja yang panjang. Semua bangsa-bangsa lain turut bekerja tetapi Yahudi berjaya kerana memberi tumpuan pada penggunaan masa yang optimum dan kerja lebih masa.

 Walaupun dalam kelompok yang kecil, mereka tetap mampu memberikan sesuatu hasil yang besar.

 Sangat berpegang teguh pada kepercayaan yang menekankan keperluan memberi tumpuan penuh masa dan tenaga untuk kejayaan di dunia.

b. Ghairah mencipta kejayaan

 Tidak suka kekal sebagai golongan proletarian atau buruh sebaliknya memanfaatkan setiap peluang yang ada untuk meningkatkan keupayaan ke tahap yang lebih tinggi.

 Mahu menjadi pelopor dalam bidang utama sebagai asas untuk membentuk penguasaan.

 Bersikap proaktif dan produktif dalam pekerjaan dan tidak suka bertangguh.

 Bersifat tamak, licik dan bijak dalam memanfaatkan setiap peluang.

c. Kepercayaan dan tabiat sebagai seorang Yahudi

 Keyakinan bahawa mereka adalah bangsa terbaik membentuk sikap yang positif untuk berjaya.

 Menjadi tradisi Yahudi berusaha bersungguh-sungguh dan menguasai setiap sesuatu.

 Berpegang pada falsafah, “God is the Creator of the world but man is the creator in the world”.

Sistem kepercayaan Judaisme menyuruh penganutnya bekerja secara kreatif dan inovatif bagi menampilkan ciri pekerja luhur. Perkara ini diamalkan dengan bersungguh-sungguh di kalangan Yahudi.

d. Sikap saling membantu antara Yahudi

 Berpegang pada nilai bahawa kebajikan tertinggi adalah dengan memberi bantuan kepada bangsa sendiri.

 Sikap ini membentuk kesatuan etnosentrik masyarakat Yahudi.

 Budaya memajukan bangsa secara bersama.

 Tahu dan bijak dalam mempertahankan dan memperjuangkan bangsa mereka walau sentiasa dipinggirkan dan dibenci.

e. Bersikap skeptikal terhadap idea-idea konvensional

 Timbul kerana bangsa Yahudi terperangkap antara dua dunia iaitu terpisah dari tradisi Yahudi dan kehidupan secara berkumpulan dalam masyarakat Yahudi. Mereka kebanyakannya hidup dalam masyarakat Barat yang sentiasa berusaha untuk maju dan sentiasa menaruh dendam terhadap mereka.

 Sikap ini mencetus kreativiti dalam melihat sesuatu perkara yang membawa kepada penguasaan dan keunggulan dalam pelbagai bidang.

 Sentiasa berfikir tentang sesuatu yang baru dan tidak selesa dengan kebiasaan.

 Status sebagai “pendatang asing” banyak menjana kreativiti mereka.

f. Amat berpegang kepada “headwork” berbanding “handwork”

 Mementingkan berfikir dari aktiviti bersifat kecekapan menggunakan tangan menjadikan mereka bangsa yang memimpin dan bukan bangsa yang diperintah.

 Setiap sesuatu pekerjaan bermula dengan idea dan idea yang bernas akan membentuk peluang baru.

 Mereka yang banyak idea dan bersungguh untuk melaksanakannya adalah mereka yang memimpin berbanding mereka yang hanya mahir kerja tangan sahaja akan bersikap menunggu arahan untu melaksanakan sesuatu.

Sunday, August 9, 2009

Mengambil iktibar dari bangsa-bangsa berjaya 2 (Bangsa Yahudi)

sambungan dari Post yang lepas Mengambil iktibar dari bangsa-bangsa berjaya 1.

Yahudi merupakan salah satu bangsa yang wujud dalam tamadun manusia dan masih kekal hingga ke hari ini. Menurut sesetengah ulama’, nama Yahudi timbul selepas kebangkitan Nabi Muhammad SAW kerana mereka kufur dan enggan patuh kepada kerasulan Baginda. Sebelum itu, bangsa ini telah lama wujud dan mereka dikenali sebagai Bani Israel yang menggambarkan mereka adalah generasi keturunan dan pengikut Nabi Yaakub AS yang juga dikenali dengan nama Israil dalam bahasa Ibrani yang bermaksud “Hamba Allah”.

Sejarah mencatatkan bahawa bangsa Yahudi merupakan kaum yang sentiasa ditindas, dihalau dan ditekan disebabkan oleh sifat mereka yang sombong, angkuh, tidak setia, tidak mengenal erti berterima kasih serta melampau hingga mereka menjadi bangsa yang dilaknat Allah SWT. Sikap negatif ini timbul kerana mereka berpegang teguh dan yakin bahawa mereka adalah anak-anak Allah selaku kelompok istimewa di muka bumi manakala bangsa-bangsa lain adalah binatang berupa anjing dan babi. Oleh itu, sepanjang tentetan masa, peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang zaman semenjak zaman Nabi Musa AS sehingga kurun-kurun selepasnya sampai pada sekitar Perang Dunia Pertama menyaksikan mereka dijajah, diusir dan dibunuh. Situasi ini menyebabkan Arnold Toynbee menggelarkan peradaban Yahudi sebagai “arrested civilization” (peradaban yang tertawan). Sebenarnya perkara ini telah dijelaskan oleh Allah SWT di dalam Al-Qur’an melalui firmanNya:

“Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu memberitahu: Bahawa sesungguhnya Dia akan menghantarkan kepada kaum Yahudi itu, (terus menerus) hingga hari kiamat, kaum-kaum yang akan menimpakan mereka dengan azab sengsara yang seburuk-buruknya (disebabkan kejahatan dan kekufuran mereka). Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat azab seksaNya dan sesungguhnya Dia juga Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
(Surah al-A’raaf; 7:167)

Dari peristiwa sejarah yang panjang, bangsa Yahudi dikatakan sebagai bangsa tanpa negara kerana mereka hidup berpindah-randah. Selepas belajar dari pengalaman pahit ditindas dan dibunuh walaupun itu berlaku disebabkan oleh sikap mereka sendiri, mereka akhirnya merampas bumi Palestin dan Baitul Maqdis, tempat suci ketiga umat Islam dari tangan umat Islam dan mendudukinya secara haram. Akhirnya, dengan kuasa yang mereka miliki dan kelemahan umat Islam, mereka berjaya mengisytiharkan bumi Palestin sebagai sebuah negara yang dinamakan Israel. Bertitik tolak dari peristiwa itu, mereka terus mengukuhkan kedudukan dan kekuasaan untuk menguasai dunia dengan strategi dan kepintaran yang dimiliki.

Rasional keperluan mengambil iktibar dari bangsa Yahudi :

Walaupun Yahudi adalah bangsa yang dibenci oleh umat Islam dan mereka banyak melakukan kekejaman ke atas umat Islam khususnya di Palestin, tetapi itu tidak bermakna kita tidak boleh mengambil iktibar dari kejayaan mereka. Ini kerana setiap ilmu dan perkara yang baik itu sebenarnya adalah milik umat Islam dan mereka berhak untuk menguasainya. Selain itu, Islam sentiasa menekankan supaya umatnya sentiasa berfikir dan mengambil pengajaran sebagai asas untuk terus berjaya. Berikut adalah beberapa rasional kenapa bangsa Yahudi dipilih sebagai contoh bangsa berjaya:
i. Bangsa Yahudi memiliki jumlah warga yang kecil jika dibandingkan dengan seluruh penduduk dunia dan mereka hidup terpisah di pelbagai negara. Tetapi keadaan tersebut tidak menghalang mereka menonjol dengan berjaya dalam pelbagai bidang dan menguasai pelbagai elemen di seluruh dunia seperti penguasaan dalam sistem ekonomi.
ii. Mereka sememangnya menonjol sebagai bangsa yang hebat dalam pelbagai bidang ilmu khususnya dalam bidang sains, sosial dan ekonomi. Ramai tokoh terkenal lahir dari bangsa ini seperti Albert Einstein, Karl Marx dan Lenin.
iii. Penguasaan pelbagai bidang ilmu membentuk nilai intelektual yang tinggi bagi bangsa Yahudi. Mereka memiliki kebijaksanaan fikiran dan tergolong sebagai bangsa yang genius.
iv. Kebanyakan teknologi dan hasil penciptaan yang diguna pakai secara meluas hari ini seperti cip pemproses komputer, aplikasi internet, dan telefon bimbit adalah diasaskan atau dihasilkan oleh syarikat milik Yahudi.
v. Kejayaan bangsa Yahudi dalam bidang utama seperti ekonomi, sains dan teknologi mendorong keperluan untuk mengkaji bagaimana mereka boleh berjaya sedangkan mereka adalah manusia biasa seperti manusia lain.
vi. Sejarah lampau yang tragis dan diaspora di pelbagai negara membentuk nilai survivalis dan tidak menjadi penghalang kepada mereka untuk bersaing dan berjaya.

Mengambil iktibar dari bangsa-bangsa berjaya 1


Sebelum ini, saya pernah membuat bacaan dan penyelidikan asas untuk tujuan penulisan buku kepada sebuah pertubuhan atas tajuk cadangan iaitu "Mengambil iktibar dari bangsa-bangsa berjaya".

Oleh itu, bagi memanfaatkan ruangan ini, saya ingin berkongsi serba sedikit fakta asas untuk pengajaran dan renungan kepada diri kita sebagai perbandingan dengan kelompok bangsa berjaya tersebut. 3 bangsa utama telah dipilih sebagai kelompok teras untuk proses mengambil iktibar ini iaitu bangsa Yahudi, China dan Jepun. Kriteria utama kenapa bangsa-bangsa ini dipilih ialah kerana semua bangsa ini pernah mempunyai satu tamadun yang telah berjaya sebelum ini dan mereka masih kekal wujud serta mendominasi dunia hingga ke hari ini. Banyak tamadun di dunia pernah wujud sebelum ini tetapi kebanyakannya telah pupus atau tidak lagi menjadi peneraju ketika ini. Justeru, wajar untuk kita sama-sama mengkaji kenapa 3 bangsa utama yang saya sebutkan di atas masih terus mempunyai kuasa dan kekuatan serta kita perlu merenung jauh ke dalam diri kita bagaimana bangsa dan umat kini perlu belajar dari aspek positif mereka.

Post yang pertama ini adalah berkaitan sedikit maklumat asas tentang bangsa Yahudi. Walaupun umat Islam amat sensitif dengan bangsa ini, dari sudut yang lain kita juga perlu melihat dari aspek positif bagaimana mereka mampu menjadi bangsa yang mendominasi suasana hari ini :

FAKTA-FAKTA MENARIK TENTANG BANGSA YAHUDI

Ø Sekurang-kurangnya 173 orang Yahudi dan separa Yahudi (secara keturunan) telah dianugerahkan Anugerah Nobel (Nobel Prize) antara tahun 1901 hingga 2006. Jumlah ini mewakili 23 peratus dari keseluruhan penerima anugerah dari seluruh dunia. Pecahan penerimaan anugerah berdasarkan bidang adalah seperti berikut:

BIL

BIDANG

JUMLAH PEMENANG

PERATUSAN BERBANDING PENERIMA SEDUNIA (%)

1.

Kimia

29

19

2.

Ekonomi

22

38

3.

Kesusasteraan

13

13

4.

Keamanan

9

10

5.

Fizik

47

26

6.

Fisiologi atau Perubatan

53

28

Sumber: http://www.jinfo.org/Nobel_Prizes.html

Ø Populasi Yahudi membentuk jumlah 0.25 peratus dari keseluruhan populasi penduduk dunia dan dua peratus dari populasi penduduk Amerika Syarikat.

Ø Bangsa Yahudi merupakan bangsa tertua di dunia yang dianggarkan telah wujud lebih dari 3000 tahun yang lalu. Dalam jangka masa yang panjang ini, bangsa Yahudi telah menduduki pelbagai tempat di seluruh dunia dan telah memberi kesan dalam banyak ketamadunan manusia.

Ø Wilayah pendudukan Israel mempunyai nisbah tertinggi di dunia berkaitan kadar antara pemegang ijazah dan jumlah populasi penduduk. “Israel has the highest ratio of university degrees to the population in the world.

Sumber: Jewish Federation of the North Shore –

http://northshore.ujcfedweb.org/page.html?ArticleID=43769

Ø Israel menduduki tangga peratusan pemilikan komputer peribadi per kapita tertinggi di dunia.

Ø Sheldon Andelson 73, dari Amerika Syarikat merupakan Yahudi terkaya (berdasarkan maklumat www.haaretz.com) dan orang keenam terkaya di dunia dalam senarai The World's Billionaires dengan harta berjumlah USD 26.5 bilion seperti yang disenaraikan oleh Forbes.com bagi tahun 2006. Beliau merupakan anak seorang pemandu teksi di Boston dan memulakan perniagaan pada umur 12 tahun sebagai penjual surat khabar bermodalkan USD 200 yang dipinjam daripada bapa saudaranya.



Thursday, August 6, 2009

Kuda trojan dan "Big Think"


Kisah peperangan Trojan memberi satu pengajaran kepentingan melahirkan idea bersifat “Big Think”. Gambaran dan ilustrasi kisah peperangan tersebut boleh dilihat dalam filem Troy. Saya tidak untuk mengulas kisah tersebut. Yang menjadi topik utama ialah bagaimana idea “Kuda Trojan” dilahirkan. Kuda trojan adalah hasil “Big Think” seorang yang bernama Odysseus yang merupakan Raja Ithaca. Dalam peperangan yang mengambil masa 10 tahun dan dianggotai oleh General Agamemnon serta tentera yang terbaik, pahlawan Greek tidak mampu menembusi kekebalan kubu pertahanan kota Troy. Pelbagai idea telah dicurahkan tetapi semuanya menemui kegagalan.



Namun, idea dan strategi Odysseus untuk membina kuda kayu yang besar yang pada asalnya dilihat sebagai tidak logik telah membawa kemenangan yang besar kepada orang Greek. Mengambil masa hanya 1 malam sahaja, mereka telah mampu menembusi kubu kuat pertahanan Troy selepas 10 tahun berfikir secara “Small Think” dan menggunakan pendekatan ‘biasa’. Odysseus mendapat idea untuk membina kuda yang besar selepas berfikir tentang kesukaan orang-orang Trojan di Kota Troy. Rupa-rupanya mereka sangat suka dan taksub kepada kuda. Oleh itu, Odysseus mencipta satu helah “ Apa kata kalau kita berikan mereka hadiah satu patung kuda yang besar?” “Tetapi dalam perut patung kuda kayu itu, kita isikan dengan beberapa orang pahlawan supaya apabila kuda tersebut dibawa masuk ke dalam kota, maka mereka turut akan dibawa bersama.” Perancangan Odysseus ialah apabila berada di dalam kota Troy, semua pahlawan di dalam patung kuda tersebut mempunyai peluang untuk keluar pada waktu malam seterusnya membuka pintu kota untuk membolehkan semua bala tentera Greek melakukan serang hendap. Dan akhirnya Troy dapat ditakluki oleh orang-orang Greek.


Analisis asas berkaitan kisah ini ialah seperti berikut :

  *  Sememangnya tidak dinafikan Odysseus juga mengambil masa yang lama untuk menghasilkan       sesuatu yang bersifat “Big Think”.
  *  “Small think” yang banyak tetapi tidak kena pada tempatnya biasanya tidak mendatangkan               hasil.
  *  Berfikir sama seperti orang lain akan hanya menghasilkan sesuatu yang sama seperti orang            lain.
  *  “Big Think” bermula dengan cetusan kreativiti dan imaginasi.
  *  Kaedah berfikir dan cara melihat sesuatu perkara menentukan kejayaan kita dalam sesuatu             persaingan.
  *  Cuba mencari kelainan dengan mencipta sesuatu yang luar jangka dari sudut pemikiran biasa.


Di sini saya paparkan ringkasan utama buku Big Think Strategy sebagai perkongsian ilmu. Untuk melahirkan idea bersifat “Big Think” dan melaksanakannya dengan berkesan secara asasnya adalah seperti berikut :

 

* Mencari idea baru : 


  § Jangan hanya bergantung pada analisis yang dilakukan dalam ruang lingkup aktiviti kita sahaja. Contoh analisis terhadap pasaran semasa dan analisis terhadap pesaing dalam bidang kita sahaja.

  § Cuba cari idea baru di luar dari kepompong kita.

  § Bina perkaitan dengan perkara baru dan juga perkara yang tidak berkaitan langsung dengan bidang kita. (Rujuk ringkasan saya dalam tajuk “Menjadi insan kreatif”).

  § Benchmark dengan sesuatu yang di luar dari bidang semasa kita.

  § Muhasabah strategi semasa berdasarkan semua di atas dan analisis dari semua sudut.

 

* Menilai idea :

  § Idea yang dijana mesti dinilai dan ditapis terlebih dahulu.

  § Small think hanya bergantung pada idea yang berasaskan syok sendiri dan pandangan individu dalam bidang yang sama.

  § Jangan terlalu taksub menggunakan pengalaman lalu untuk menilai idea.

  § Cari idea yang boleh memberi impak dan kumpulkan idea dalam cluster-cluster tertentu.

  § Berbincang. Kerana berbincang menghasilkan idea.

  § Galakkan berbincang dengan individu dari luar bidang kita dan tanya pendapat mereka tentang idea yang kita cadangkan.

  § Proses penilaian mestilah bersifat meluas.

 

* Menukar idea kepada strategi “Big Think" :

  § Memerlukan kemahiran untuk “menganyam” idea-idea yang pelbagai menjadi sesuatu yang dinamik.

  § Pecahkan kebiasaan.

  § Kembangkan idea asas menggunakan 4 kuadran strategi “Big Think” iaitu :

  · Apakah kemampuan yang diperlukan?

  · Peluang dan cabaran dalam jaringan bidang.

  · Nilai hasil yang diperolehi khususnya kepada pelanggan.

  · Peranan situasi pasaran untuk menjayakan idea ini.       (Dalam bahasa mudah : boleh jalan ke          idea ni?)

* Melaksanakan “Big Think" :

  § Memerlukan kesungguhan yang tinggi seolah-olah menarik kapal naik ke gunung.

  § Jika ada pekerja yang bekerja di bawah kita, mereka perlu jelas dengan “Big Think” kita. Kalau tidak jadilah ia projek gajah putih. Tap into their dreams.

  § Marketing mesti baik punyer. Tarik perhatian pelanggan.

* Mengetuai “Big Think" : 

  § Memerlukan nilai kepemimpinan yang tinggi.

  § Jangan bergantung pada short-term results.

  § Ada keghairahan dan ketahanan.

  § Jadikan ia sebagai agenda.

  § Bina pandangan dan pemikiran meluas.

 

* Mengekalkan “Big Think” dalam organisasi :

  § Pecahkan mentaliti kerja hanya untuk makan gaji.

  § Pecahkan mentaliti kerja untuk lepaskan tanggungjawab aku sahaja.

  § Bina pekerja jadi usahawan sejati.

  § Bina pekerja jadi “Big Thinky Heads”. Merekalah yang akan menyumbangkan idea.

  § Dedahkan diri dan pekerja dengan informasi baru dan bernilai tambah.

Wednesday, August 5, 2009

Menjadi insan kreatif

Adaptasi dari bahan asas :

THE LEADER'S GUIDE TO LATERAL THINKING SKILLS

Oleh : Paul Sloane

Kreativiti adalah fitrah manusia. Sememangnya manusia dilahirkan dengan kemampuan kreativiti yang tinggi yang dicernakan dari fungsi akal yang merupakan anugerah bernilai kepada manusia. Cuma cara didikan, proses pembelajaran dan persekitaran adalah antara faktor yang menentukan samada kemampuan kreativiti ini dikembangkan sebaik mungkin sebagai potensi diri manusia. Justeru, jika kita menyedari potensi ini adalah anugerah Allah yang perlu digunakan untuk manfaat ummah, maka sebagai asas kita perlu meneroka potensi ini dalam diri kita dan seterusnya memastikan generasi didikan kita mempunyai peluang untuk mengekspresi kreativiti masing-masing. Di sini saya kongsikan beberapa tips yang telah diolah dan diadaptasi dari buku yang dinyatakan di atas untuk manfaat bersama.

" Nothing ventured, nothing gained "

Membina asas kreativiti.
o Membina karakteristik minda kelas pertama berasaskan formula AIDA.
 A : Awareness
 I : Interest

 D : Desire
 A : Action

o Sedar keperluan perubahan – zon selesa bukanlah satu pilihan.
o Bina visi kreativiti yang merangkumi :
 Misi – Bagaimana mencapai visi?
 Nilai – Apakah nilai yang menjadi teras?
 Tujuan – Apakah tujuan asas dan adakah jelas tentang tujuan tersebut?
 Budaya – Apakah budaya yang diperlukan untuk menjana kreativiti?

Memastikan asas dan visi dapat dilaksanakan.
o Bina dan urus suasana yang mendorong.
o Percaya dengan realiti yang dihadapi.
o Lawan rasa takut.
 Lawan rasa takut untuk berubah.
 Lawan rasa takut untuk berbeza.
 Lawan rasa takut gagal.

 Lawan rasa takut untuk keluar dari zon selesa.
 Lawan rasa takut untuk ke standard lebih tinggi.
 Fight FEAR with F.E.A.R.L.E.S.S.

o Sentiasa fokus.
 Nilai keutamaan.
• LEADER system
o L -- List the activities

o E -- Estimate time
o A -- Allow time for contingency
o D -- Decide priorities
o E -- Execute with care
o R – Review for improvement
 Bersifat antisipasi dan merangka alternatif.

o Dahagakan kejayaan.
 Sentiasa bina perkembangan.
 Berani melaksana perubahan.

o Peruntukkan masa khas untuk meneroka perkara baru.

o Bina budaya mencari penyelesaian bersifat kreatif.

 Meneroka kaedah dan teknik yang membawa kepada penyelesaian yang inovatif.

Cabar andaian anda.
o Kisah monyet, pisang dan semburan air atau kisah ikan nothern pike.

o Pupuk cara melihat sesuatu masalah secara positif.

o Bina rasa ingin tahu yang tinggi.

o Tips mencabar andaian :
 Sedar bahawa setiap situasi mempunyai andaian dan tanggapan tersendiri.
 Tanya soalan asas untuk menyingkap dan mencabar andaian.
 Cabar sesuatu yang dilaksanakan dengan kaedah rutin dan cuba beri alternatif yang sesuai.
 Uraikan komponen sesuatu andaian ke tahap yang paling ringkas dan mudah untuk mengeluarkannya dari kefahaman biasa.
 Susun semula pemahaman tentang sesuatu masalah dari perspektif yang berbeza.
 Cuba melihat sesuatu dari perspektif berlawanan dari massa.

Sentiasa bertanya dan rasa ingin tahu yang tinggi.
o Bina seni tanya soalan.

o Wujudkan sensitiviti rasa ingin tahu yang tinggi.

o Pupuk imaginasi yang tinggi.

o Elak sindrom :
 Terus buat kesimpulan.
 Gopoh memberi penyelesaian.
 Memandang rendah potensi manusia lain.
 Pendengar yang lemah.
 Minda lesu.
 Tidak sedar bahawa diri tidak tahu.
 Kehendak yang tinggi untuk disediakan dengan semua kemudahan.

Memupuk kebolehan mewujudkan sudut pandang yang berbeza.
o Tidak taksub dengan pandangan sendiri.

o Nilai empati yang tinggi untuk visualisasi pelbagai pandangan.

o Menguasai kemahiran visual brainstorming secara kaedah peta minda.

o Tips mewujudkan sudut pandang yang berbeza :

 Guna pendekatan bebas untuk menilai sesuatu.
 Wujudkan rasa empati terhadap pandangan dari pelbagai pihak.
 Huraikan sesuatu subjek dengan perkataan atau pendekatan berbeza.
 Menggunakan kemahiran pemetaan minda.
 Bina perkaitan antara pandangan baru dengan masalah asal.

Kombinasi dua atau lebih perkara yang berbeza.
o Pemadanan yang pelik mencetuskan lebih idea baru.

o Pemadanan mencetuskan fleksibiliti.

o Hasilkan idea yang lebih memudahkan proses hidup manusia.


Ambil, sesuaikan dan pertingkatkan.

* Kaedah ini banyak digunakan oleh bangsa Jepun dan Korea dalam evolusi teknologi mereka.
o Tips :
 Selalu berbincang dan berdiskusi dengan individu yang berlainan latar belakang.
 Letakkan diri anda dalam persekitaran yang berbeza dan ini akan membantu melihat konsep dan idea baru.
 Kenal pasti situasi dalam bidang lain dan cuba adaptasi.

o Contoh :
 Idea roll-on deodorant.
 Idea Alexander Graham Bell cipta ganggang telefon.
 Idea Clarence Birdseye cipta industri makanan sejuk beku.

Pecahkan kebiasaan.
o Baca, lawat, lihat dan buat sesuatu yang berbeza dari kebiasaan.

Tingkatkan hasil.
o Wujudkan bank idea walaupun idea yang dianggap biasa sahaja.

o Galakkan penghasilan idea baru.

o Gunakan kaedah six thinking hats untuk menganalisis idea.

Hargai kesilapan.
o Apabila berlaku kesilapan, jangan rasa rendah diri.




Contoh proses hipnosis setiap hari

Self Hypnosis


Self hypnosis merupakan satu teknik di mana kita memfokuskan diri kita untuk mencapai sesuatu matlamat. Kaedah asasnya ialah dengan mempasakkan cadangan / kata-kata positif ke dalam minda separa sedar dengan bantuan situasi yang membawa ketenangan. 


Kaedah self hypnosis ini berfungsi sama seperti hipnosis yang lain cuma ia dikendalikan oleh diri individu itu sendiri tanpa bantuan ahli terapi hipnosis. Proses hipnosis ini akan membolehkan minda sedar kita dipintas dan aliran komunikasi minda diambil alih oleh minda separa sedar.

Melalui teknik self hypnosis, anda boleh menambah set kualiti atau tabiat yang tidak dimiliki sebelum ini begitu juga untuk merubah perkara yang tidak disukai.

Kadang-kadang, dalam kehidupan seharian, kita selalu memomokkan diri kita dengan perkara yang negatif. Contohnya, “aku tak boleh buat”, “ni susah ni”, “macam mana ye nak deal dengan customer ni”, “confirm la aku kena marah dengan bos”, “perkara ni dah tak boleh ubah, dari dulu lagi orang buat macam ni”, “aku memang tak mampu” dan macam-macam lagi. Ini sebenarnya adalah satu bentuk self hypnosis tetapi secara negatif. Sebenarnya, dalam sistem minda kita, sesuatu perkara jika ditanam atau diulang berulang kali akan memberi kesan secara tidak langsung kepada kita dan tugasan kita. Akhirnya, individu yang selalu mengulang kata-kata di atas tadi akan terkesan dengan perkataan tersebut yang telah terpasak dalam minda separa sedarnya dan dia akan menjadi mangsa halusinasi yang dicipta oleh dirinya sendiri. 

Oleh itu, untuk mendapat kesan yang positif, sentiasalah ulang sebutan perkara yang positif untuk diri kita. Dan setiap kata-kata yang baik itu adalah doa. Self hipnosis dengan kata-kata yang positif akan membolehkan kita memprogramkan semula minda separa sedar dan membuang segala bentuk fahaman negatif sekaligus mencapai kejayaan cemerlang yang diimpikan.

Anda sebenarnya BOLEH jika anda IZINKAN diri anda untuk melakukannya!!!

Sebenarnya, semasa proses hipnosis, kita tidak berada dalam keadaan tidur. Tetapi kita sebenarnya berada pada satu tahap kesedaran tertentu. Menurut ilmu kajian gelombang otak, gelombang seseorang yang berada dalam keadaan hipnosis adalah gelombang alpha. Ia umpama seseorang yang dalam keadaan permulaan tidur atau tidur-tidur ayam (light sleep). Kita masih sedar tentang apa yang berlaku di sekeliling tetapi tahap konsentrasi kita sewaktu hipnosis tersebut amat fokus kepada sesuatu yang spesifik. Semasa proses ini, minda kita bertindak balas dan fokus kepada saranan yang dibina dengan kata-kata yang kita sebutkan. Oleh itu, ia membenarkan kita mempasakkan saranan tadi ke dalam minda separa sedar.

Samada sedar atau tidak, kita sebenarnya kadang-kadang berada dalam keadaan hipnosis. Sebagai contoh, mungkin kita pernah mengalami di mana kita terlalu sibuk,leka dan fokus dengan sesuatu yang kita lakukan sehingga kita tidak sedar bahawa masa telah berlalu. Kita mengalami hipnosis dalam banyak perkara setiap hari dan kita tidak sedar bahawa ia berlaku pada diri kita. Ia mungkin berlaku ketika kita asyik :
• Menonton televisyen.
• Mendengar muzik.
• Membaca buku.
• Memandu kenderaan.
• Berkhayal.
• Bekerja.
• Melakukan sesuatu yang amat diminati.

Islam sebagai agama fitrah telah lama mengkhususkan waktu yang khas untuk umatnya melakukan self hypnosis. Namun, self hypnosis dalam Islam bersifat lebih holistik dan bermatlamat yang mana proses yang dilakukan ini melengkapkan hubungan manusia dengan Allah yang Maha Mencipta. Solat wajib yang dilakukan 5 kali sehari adalah satu bentuk deep self hypnosis di mana kita mengasingkan diri kita dari kesibukan dunia dan berhubungan langsung dengan Allah. Sebaik-baik solat ialah solat yang khusyuk dan sempurna. Beberapa pandangan sahabat dan ulamak tentang khusyuk dalam solat :

1. Berkata Saidina ‘Ali r.a.; “Khusyuk itu ialah khusyuk hati”. Menurut riwayat lain, beliau berkata; “Khusyuk itu ialah tidak berpaling ke kanan atau ke kiri”.

2. Menurut Imam al-Qurthubi; “Khusyuk ialah suatu keadaan di dalam jiwa di mana dia mewujudkan keadaan tetap (tenang) dan merendah diri segala anggota”.

3. Menurut Imam Zamakhsyari; “Khusuk dalam solat ialah hati berkeadaan takut dan mata selalu tunduk (ke tempat sujud)”. (al-Kasysyaf)

4. Berkata Imam al-Jurjani; “Orang yang khusyuk ialah yang merendah diri kepada Allah dengan hati dan segala anggotanya”. (at-Ta’rifat)

5. Menurut Imam al-Kalbi; “Khusyuk itu ialah suatu keadaan di hati di mana dia mempunyai sifat takut, muraqabah (selalu memperhati kan Allah) dan merendah diri kepada kebesaran Allah, kemudian dia mempengaruhi segala anggota yang membawa berkeadaan tetap, seronok melakukan solat, tidak berpaling-paling, menangis dan berdoa”.

Elemen khusyuk melatih individu untuk fokus dan kita juga disuruh tadabbur atau memahami ayat yang dibaca ketika solat. Oleh itu, solat yang khusyuk dan diiringi tadabbur akan membantu membina jatidiri dengan kaedah mengaktifkan minda separa sedar melalui saranan ayat-ayat Allah yang akhirnya menghasilkan tingkah laku yang baik yang dikawal oleh minda sedar. Justeru, matlamat utama dari solat iaitu untuk membina peribadi yang mampu menapis dan menghindari elemen negatif, fahsyat dan mungkar Insya Allah akan mampu dicapai. Selain itu, self hypnosis secara Islam juga boleh berlaku ketika membaca al-Qur’an dan berzikir.

Hipnosis - Terokai kehebatan minda ciptaan Allah.


Bermula seminggu yang lepas, saya mula mendalami dan membuat pembacaan asas tentang ilmu hipnosis. Ia sebagai satu alat yang saya rasa perlu ada pada diri saya selaku pendidik dan trainer.

Hipnosis adalah satu kaedah yang dicipta untuk mencapai minda separa sedar kita secara langsung. Ia juga merupakan satu seni untuk memahami manusia di samping ilmu NLP. Istilah hypnosis mula diperkenalkan pada tahun 1842 oleh Dr. James Braid dan kini ia telah berkembang menjadi satu ilmu dan kaedah modern hypnotism. Hipnosis juga telah diaplikasikan dalam aspek klinikal iaitu Modern Clinical Hypnotheraphy dan boleh dipelajari hingga ke peringkat doctorate program.

Kemahiran hipnosis penting untuk kita menguasai minda separa sedar. Minda separa sedar atau sub conscious mind kita amat berkuasa dan boleh dimanipulasikan serta diprogramkan. Secara umumnya, minda separa sedar menguasai 88% dari keseluruhan minda manakala minda sedar hanya mewakili 12 % sahaja. Minda separa sedar berfungsi secara senyap dari dalam walaupun kita sedang melakukan sesuatu perbuatan secara sedar.

Jika kita membaca kajian mengenai otak manusia, kita akan menemui bahawa otak manusia berfungsi menggunakan tenaga elektrik dan arus elektrik tersebut bergerak melalui gelombang. Berdasarkan kajian juga, kita boleh memindahkan gelombang tertentu khususnya kepada orang yang dekat dengan hati kita. Contohnya ibubapa kepada anak. Ia boleh berlaku dalam konteks terkawal dan luar kawal. Oleh itu, dalam proses hipnosis, gelombang tertentu dihantar atau istilahnya "disaran/saranan" ke dalam minda separa sedar untuk memandu pesakit atau klien. 

Kebanyakan orang menganggap hipnosis adalah pukau. Ia sebenarnya adalah satu ilmu atau alat yang terbukti secara saintifik yang berkaitan dengan minda manusia. Ia juga tidak menggunakan ayat atau mentera tertentu. Hipnosis hanya boleh dilakukan dengan keizinan dan kehendak individu yang melalui proses hipnosis tersebut. Ini kerana ia memerlukan daya fokus yang tinggi oleh pihak yang dihipnosis. Oleh itu, hipnosis tidak akan berlaku kepada individu yang dalam keadaan khayal atau mabuk.

Salam permulaan

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Alhamdulillah, dengan izinNya tanggal 5 Ogos 2009,  dapat juga "memaksa" diri ini untuk menceburi dimensi baru sebagai cabaran kepada minda untuk menukilkan sesuatu berbentuk "write to be read" dan berkongsi apa yang diperolehi. Semoga ia dapat dimanfaatkan di samping menjadi tempat simpanan maklumat dan pengetahuan yang 'berharga'.